• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Terkaya Britain Usaha ‘Lari’ Bayar Cukai £4 Bilion

oleh
18/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI terkaya Britain dijangka akan meninggalkan United Kingdom dalam usaha untuk ‘lari’ daripada membayar cukai sehingga £4 bilion (RM21 bilion), menurut laporan.

Sir Jim Ratcliffe, 66, dikatakan memperoleh nilai bersih kira-kira £21.05 bilion sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutif kumpulan syarikat kimia Ineos, yang ditubuhkan pada tahun 1998.

Ratcliffe yang terkenal menyokong Brexit itu dikatakan telah mendaftarkan firma perakaunan antarabangsa Pricewaterhouse Coopers (PwC) untuk membantunya berpindah ke Monaco, ‘syurga’ perlindungan cukai yang terkenal.

“Ratcliffe sedang berbincang dengan PwC untuk mengelak cukai, yang juga bakal menguntungkan dua tokoh eksekutif senior di perusahaan kimia miliknya iaitu Ineos,” memetik laporan Daily Mail, Ahad.

Menurut Sunday Times, dia secara sah dapat berkongsi antara £1 bilion dan £10 bilion dengan eksekutif kanan Andy Currie serta John Reece.

Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar cukai antara £400 juta dan £4 bilion setahun kepada Perbendaharan.

Berita ini muncul sejurus selepas Ratcliffe mengkritik cukai hijau ‘bodoh’ EU yang dikatakan menekan industri kimia Eropah.

Dalam surat terbuka kepada presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker, Ratcliffe memberi amaran bahawa Eropah ‘tidak lagi kompetitif’ kerana undang-undang tenaga dan buruh, yang menurutnya adalah yang paling mahal di planet ini.

Syarikatnya membuat keuntungan tahunan sekitar £45 bilion setahun dan menggaji 18,500 pekerja.

Ineos sebelum ini menerima pinjaman £230 juta pada 2014 untuk membina kemudahan baharu untuk mengimport gas syal.

Produk-produknya digunakan untuk membuat ubat gigi, membuat antibiotik dan air bersih.

Tokoh parti buruh, John McDonnell berkata: “Ketamakan pengelak cukai yang kaya-raya ini tiada batasan.

“Tidakkah mereka sedar bahawa setiap sen yang disembunyikan di tempat perlindungan mereka adalah wang yang tidak dibelanjakan untuk merawat pesakit, atau penjagaan sosial yang menjaga orang tua, yang terpinggir, atau pendidikan kanak-kanak?” – MetroUK

Tags: BritainCukaiSir Jim Ratcliffe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd