• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiang Cahaya Terangi Langit Kanada

oleh
16/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LACOMBE – Seorang jurugambar berjaya merakam fenomena cahaya seolah-olah memancar dari permukaan Bumi ke langit di bandar Lacombe dan pekan Blackfalds di wilayah Alberta, Kanada pada awal minggu ini.

Darlene Tanner merakam ilusi yang dikenali sebagai tiang cahaya ketika suhu di kawasan tersebut menjunam di bawah paras -30 darjah Celsius.

Fenomena itu akan terbentuk ketika zarah-zarah ais atau kristal memenuhi ruangan udara dan memantul semula cahaya daripada sumber luaran termasuk lampu jalan raya.

“Tiang cahaya adalah fenomena yang sangat pelik. Keadaan sekitar perlu bertepatan dan cuaca sangat sejuk dengan kehadiran kristal ais dalam udara,” kata Tanner.

Beberapa keping gambar dikongsi Tanner menunjukkan satu barisan panjang tiang cahaya berwarna kuning dan putih memancar ke langit selepas terkena pantulan lampu jalan raya dan kediaman berhampiran.

Kristal ais akan berperanan seperti sebuah cermin gergasi yang memantul cahaya sama ada ke atas atau bawah sekali gus membentuk tiang cahaya yang kelihatan secara menegak dari jarak jauh. – Agensi

Tags: Kanadatiang cahaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

21/10/2025
0

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Mark Carney dengan nada tegas mengumumkan bahawa negaranya akan menahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu...

Kanada Tetap Zon Perlindungan Marin Terbesar

Kanada Tetap Zon Perlindungan Marin Terbesar

12/07/2024
1

MONTREAL : Kanada menetapkan zon perlindungan marin terbesar di negara itu di luar pantai Vancouver, ke arah melindungi satu pertiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd