• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’

oleh Mohd Arshad
21/10/2025
dalam Terkini
0
‘Tangkap Netanyahu Jika Jejak Kaki Ke Kanada’
Share on FacebookShare on Twitter

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Mark Carney dengan nada tegas mengumumkan bahawa negaranya akan menahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekiranya pemimpin itu menjejakkan kaki ke bumi Kanada.

Dalam wawancara bersama audio siar Bloomberg pada Jumaat, Carney ditanya sama ada beliau akan melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Netanyahu.

Jawapannya hanya sepatah iaitu ‘ya’, namun cukup menggegarkan diplomasi dunia.

Kenyataan ringkas tetapi padat itu menunjukkan pendirian Kanada yang tidak lagi bersembunyi di sebalik kata-kata berhati-hati.

Carney menegaskan bahawa negaranya menghormati undang-undang antarabangsa dan prinsip akauntabiliti global.

Beliau turut mengesahkan bahawa pengiktirafan rasmi terhadap Negara Palestin kini menjadi keutamaan dasar luar kerajaannya.

Langkah itu sekali gus menandakan perubahan berani dalam dasar luar Kanada, yang sebelum ini dilihat berhati-hati dalam mengkritik Israel. Ia juga menjadikan Carney antara pemimpin Barat pertama berani mencabar tekanan Washington, yang menentang keras pengiktirafan unilateral terhadap Palestin.

Dalam reaksi Israel. Penasihat politik Netanyahu, Ophir Falk, dalam kenyataan kepada The Globe and Mail, menuduh Carney “mengkhianati sekutu tradisional dan tunduk kepada keganasan.”

“Kanada sepatutnya menyambut Netanyahu sebagai pemimpin demokrasi tunggal di Asia Barat, bukan mengugut untuk menangkapnya,” katanya sinis.

Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, kini berdepan dakwaan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan di ICC.

-Agensi

Tags: Benjamin NetanyahuKanadaMark Carney
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Zionist Sentap…Tegur Diplomat Sepanyol, Isu Patung Netanyahu Diletupkan Cetus Kontroversi

Zionist Sentap…Tegur Diplomat Sepanyol, Isu Patung Netanyahu Diletupkan Cetus Kontroversi

12/04/2026
0

TEL AVIV – Kerajaan Israel dilaporkan telah menegur diplomat tertinggi Sepanyol di Tel Aviv susulan insiden peletupan patung menyerupai Perdana...

Netanyahu Tarik Diri Hadiri Sidang Kemuncak Gaza Di Mesir Selepas Pemimpin Lain Membantah

Netanyahu Tarik Diri Hadiri Sidang Kemuncak Gaza Di Mesir Selepas Pemimpin Lain Membantah

14/10/2025
0

SHARM EL-SHEIKH: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuat pusingan-U diplomatik selepas beberapa pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak Gaza di Mesir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd