Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

BNM Akan Terus Beroperasi...

PUTRAJAYA - Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus beroperasi sebagai badan bebas mengikut...

Aliran Trafik Lancar Pada...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara lancar dan...

Kepala Wanita Tertusuk Playar...

SEORANG wanita di barat daya China terselamat daripada maut apabila sebuah playar yang...

COVID-19: Dunia Berdepan Kekurangan...

GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, hari ini...

Tiang Cahaya Terangi Langit Kanada

LACOMBE – Seorang jurugambar berjaya merakam fenomena cahaya seolah-olah memancar dari permukaan Bumi ke langit di bandar Lacombe dan pekan Blackfalds di wilayah Alberta, Kanada pada awal minggu ini.

Darlene Tanner merakam ilusi yang dikenali sebagai tiang cahaya ketika suhu di kawasan tersebut menjunam di bawah paras -30 darjah Celsius.

Fenomena itu akan terbentuk ketika zarah-zarah ais atau kristal memenuhi ruangan udara dan memantul semula cahaya daripada sumber luaran termasuk lampu jalan raya.

“Tiang cahaya adalah fenomena yang sangat pelik. Keadaan sekitar perlu bertepatan dan cuaca sangat sejuk dengan kehadiran kristal ais dalam udara,” kata Tanner.

Beberapa keping gambar dikongsi Tanner menunjukkan satu barisan panjang tiang cahaya berwarna kuning dan putih memancar ke langit selepas terkena pantulan lampu jalan raya dan kediaman berhampiran.


Kristal ais akan berperanan seperti sebuah cermin gergasi yang memantul cahaya sama ada ke atas atau bawah sekali gus membentuk tiang cahaya yang kelihatan secara menegak dari jarak jauh. – Agensi

Kategori