• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Tempatan Ditahan Indonesia Di Perairan Malaysia

oleh
14/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memaklumkan sebuah bot nelayan tempatan ditahan pihak penguasa Indonesia semalam ketika masih berada dalam perairan Malaysia.

Penahanan bot nelayan tempatan PKFB 1689 yang berasal dari Pantai Remis, Perak itu melibatkan empat pekerja iaitu seorang warga Thailand dan tiga warga Kemboja.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata kejadian itu merupakan tangkapan yang keempat membabitkan bot nelayan tempatan oleh pihak penguasa Indonesia di dalam perairan Malaysia sepanjang bulan Februari ini (2019).

“Kejadian ini dilihat sebagai satu pencerobohan oleh pihak berkuasa asing ke dalam perairan Malaysia dan ia boleh mencetuskan sensitiviti terhadap kedaulatan maritim negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, pada kira-kira 10.38 pagi semalam Pusat Operasi Maritim Malaysia menerima aduan daripada pemilik sebuah bot nelayan tempatan mengenai kehadiran kapal penguasa Indonesia pada posisi kira-kira 55.4 batu nautika dari barat Pulau Talang, Perak, perairan Malaysia.

Sejurus itu pada kira-kira 10.45 pagi, kapal Maritim Malaysia iaitu KM Gagah telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

Pada masa yang sama, katanya Maritim Malaysia telah menjejaki pergerakan bot PKFB 1689 menerusi pancaran kecemasan dari sistem identifikasi automatik bot dan mendapati ia masih berada dalam perairan Malaysia.

“Melalui sistem pengesanan ini, didapati pada jam 10.38 pagi bot nelayan PKFB 1689 telah dikejar, dan kemudiannya pada posisi 58.8 batu nautika barat laut Pulau Talang, Perak, bot itu telah ditarik memasuki perairan Indonesia pada jam lebih kurang 1.29 tengah hari menghala ke Medan, Indonesia,” katanya.

Menurutnya, bot nelayan tersebut yang dipasang dengan peralatan pengesanan raptor menunjukkan pada kira-kira 10.30 pagi, tekong bot PKFB 1689 telah menekan butang kecemasan sebanyak empat kali iaitu pada 10.30 pagi, 10.31 pagi, 10.32 pagi dan 11.10 pagi.

Mohd Zubil berkata Maritim Malaysia telah menghubungi pihak Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan Konsular Indonesia di Pulau Pinang bagi mendapatkan maklumat mengenai insiden itu.

Menurutnya, sebelum ini pada 2 Februari (2019), dua bot tempatan iaitu KHF 1980 dan KHF 2598 telah ditahan penguasa Indonesia di kedudukan kira-kira 68.6 batu nautika barat daya Pulau Pinang dan 4.4 batu nautika dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif.

“Berdasarkan rekod pergerakan bot tersebut, sistem AIS (Automatic Identification System) menunjukkan bot itu telah ditahan dalam perairan Malaysia,” katanya.

Kedua-dua bot itu kini dilaporkan berada di pangkalan PSDKP, Lampulo, Acheh, Indonesia, katanya.

Pada 3 Februari pula, sebuah bot PKFB 1593 telah ditahan oleh TNI AL-KRI Lemadang 632 di posisi kira-kira 57.1 batu nautika dari Tg Piandang, Kerian, Perak.

Menurutnya, maklumat yang diterima daripada pemilik bot menyatakan bot terbabit berada di Belawan, Indonesia.

Mohd Zubil berkata satu nota bantahan diplomatik telah diusulkan kepada Kementerian Luar bagi memprotes insiden yang berlaku dalam perairan Malaysia.

“Maritim Malaysia akan meningkatkan rondaan dan pengawasan terutamanya di kawasan bertindih dan turut mengingatkan nelayan agar berhati-hati supaya tidak memasuki perairan negara jiran,” katanya.

Pemilik bot tempatan digalakkan untuk memasang AIS atau Vessel Tracking System bagi memudahkan pengesanan bot mereka serta juga sebagai bahan bukti posisi bot, katanya. – BERNAMA

Tags: Bot NelayanCeroboh PerairanIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd