• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Minta PH Bincang Kemasukan Bekas MP UMNO

oleh
13/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penyertaan tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Bersatu akan dibahaskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PH yang dijangka akan diadakan lebih awal daripada dijadualkan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau telah mengajukan isu terkini tersebut kepada Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan telah telah mendapat persetujuan untuk dibincangkan bersama dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PH.

“Bagi pihak DAP, kami rasa perkara ini harus dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PH. Perkara ini saya dah bangkitkan kepada Perdana Menteri Pengerusi dan beliau telah setuju untuk adakan mesyuarat awal.

“Biar kita bincang perkara ini dalam mesyuarat tersebut, dengan semangat PH. Itu saja saya nak komen tentang perkembangan ini,” katanya ketika sidang media selepas majlis penyerahan cek kepada sekolah tahfiz berdaftar di Kementerian Kewangan hari ini.

Semalam, Bersatu telah menerima penyertaan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Timbalan Presiden PH ketika ditanya mengenai pendiriannya terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, mengenai perkahwinan bawah umur dua tahun lalu yang dilaporkan berkata, tidak salah untuk gadis berkahwin dengan perogolnya dan mungkin lebih baik mangsa dikahwinkan dengan perogolnya supaya dia tidak melalui masa depan yang gelap.

“Merujuk kenyataan Shabudin itu, ia memang sesuatu yang saya kecam. Hari ini pun saya kecam.

“Saya tidak tahu sama ada beliau masih pegang pendirian sedemikian. Mungkin soalan ini harus dijawab oleh beliau sendiri,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga Naib Presiden Amanah turut senada dengan Guan Eng, menuntut satu mesyuarat Majlis Pimpinan PH mengenai isu lompat parti ini.

“Isu lompat parti tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO harus dikaji tujuan dan motif mereka menyertai Bersatu dan PH. Itu yang kita perlu bincang dan bahas dalam mesyuarat PH.

“Paling penting, mereka ini kena ingat tak semestinya dengan menyertai PH mereka akan bersih dan suci bagaikan malaikat daripada kesalahan-kesalahan lampau, perkara itu tidak akan berlaku sama sekali,” tegas Mujahid.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa sesiapa sahaja pemimpin yang menyertai PH harus yakin dan menerima apa yang diperjuangkan PH.

“Hal ini penting supaya tidak ada sebarang motif lain daripada penyertaan itu yang memungkinkan orang lain untuk mempersoalkan tentang moral penyertaan.

“Bahkan tak bermakna apabila berpindah kepada PH dapat mensucikan diri mereka daripada segala kesalahan yang pernah dilakukan dulu. Memang tak wajar jika mereka ingat masuk PH akan suci dan bersih serta tidak ada masalah malah akan jadi malaikat itu tidak.

“Apa sahaja kesalahan yang mereka buat pun dulu walaupun sudah masuk PH, mereka tetap akan menanggung kesalahan yang telah dilakukan sama ada dari segi kenyataan mahupun perkara lain,” katanya.

Tambahnya, setiap ahli baru yang menyertai PH wajib yakin dengan dasar dan perjuangan PH dan tidak mempunyai motif dan juga kepentingan lain.

“Bersatu sebagai salah satu komponen PH, saya yakin telah membuat penelitian-penelitian berhubung asas yang penting ini.

“Apa yang Guan Eng maklumkan bahawa perkara ini perlu diperbincangkan agar tidak berlaku salah guna untuk kepentingan lain tetapi mereka mesti meyakini dasar-dasar, menyokong dan juga dan juga menghayati perjuangan kita,” katanya. – Sinar Harian

Tags: BERSATUDAPpakatan harapanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd