• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Penduduk Sering ‘Lesap’, Dakwa Perbuatan Makhluk Halus

oleh AK-47
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDUDUK Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor menjadi buntu dan kebinggungan apabila wang milik mereka ‘lesap’ dicuri saban malam secara misteri.

Anehnya, perpuluh-puluh mangsa mendakwa tiada sebarang kesan pecah masuk perompak di kediaman masing-masing.

Malahan, suspek  sering kali berjaya mengesan lokasi wang yang disimpan meskipun disembunyikan di lokasi tersorok seperti dalam almari, botol plastik, peti sejuk atau kitab al-Quran.

10429833_795128973869654_2833474165905326624_n

Memetik laporan Harian Metro, salah seorang mangsa, Muhammad Yusuf Mat Akhir, 64, berkata, kejadian itu sudah berlarutan sejak lebih sebulan lalu hingga menimbulkan keresahan penduduk selain turut mengaitkannya dengan perbuatan makhluk halus.

Bercerita pengalaman yang dialami,  mangsa mendakwa suspek yang tidak diketahui itu gemar mencuri sebahagian daripada wang milik mangsa dan selebihnya ditinggalkan begitu sahaja.

Insiden pelik ini sekali gus dikaitkan dengan kewujudan makhluk halus yang dipercayai toyol.

Meskipun ada pihak menganggap makhluk halus adalah tahyul, namun ramai juga beranggapan kewujudannya tidak boleh diketepikan.

Sekadar gambar hiasan, kononnya didakwa wajah toyol sebenar.
Sekadar gambar hiasan, kononnya didakwa wajah toyol sebenar.

Bagaimanapun harus diingat, manusia adalah sebaik-baik kejadian di muka bumi ini maka kita tidak seharusnya takutkan makhluk lain yang juga ciptaan Allah SWT.

Pun begitu, kes kecurian ini masih lagi menjadi tanda tanya penduduk berkenaan. – MYNEWSHUB .CC

Video Manusia Berjaya Tangkap Toyol 

https://www.youtube.com/watch?v=3tu5VOZFZF0

Tags: makhluk halusMisteriTOYOL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

19/08/2025
0

KOTA KINABALU: Misteri penemuan sebuah bot pemancing yang ditemui hanyut di Stesen PAPA, kira-kira 273 kilometer dari ibu negeri ini,...

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

29/10/2024
0

KOTA BHARU: Bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh, Perak sehingga kini masih dikategori sebagai misteri, kata Timbalan Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd