• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adib Ditarik Dan Dipukul Perusuh, Kata Saksi

oleh
12/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pegawai perubatan dan pemandu van Ban­tuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), mendedahkan rakannya, Muhammad Adib Mohd. Kassim ditarik dan dipukul sekumpulan perusuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada malam 27 November lalu.

Pendedahan tersebut dilakukan dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib pada hari kedua oleh saksi ketiga, Ahmad Shahril Othman berdasarkan dakwaannya sendiri terhadap kejadian rusuhan tersebut yang diumpamakan seperti berdepan dengan maut.

Menurut Ahmad Shahril, perilaku perusuh itu berkemungkinan terjadi susulan mereka turut cuba membuka pintu EMRS yang dipandunya dengan tujuan untuk menyerang dan mencederakannya.

“Saya beranggapan kalau pintu saya cuba diceroboh oleh perusuh dengan membukanya dan bertujuan mencederakan saya, tidak mungkin perkara itu tidak terjadi kepada arwah Adib.

“Sedangkan saya tengok kenderaan bomba diserang begitu teruk, tidak mungkin (niat) tidak cederakan anggota bomba,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Shahril membacakan semula laporan polis yang dibuat oleh penyelianya (Badrul) berhubung kejadian menimpa dirinya dan Muhammad Adib pada malam kekecohan di kuil itu di dalam prosiding inkues tersebut.

Inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner. – K! ONLINE

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd