• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Nafi Kaitan Dengan ‘Dana 7 Amanah LHDN’

oleh
12/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan mempunyai kaitan dan kepentingan dengan program ‘Dana 7 Amanah LHDN’ yang diperkenalkan oleh Yayasan Amal Maaruf Malaysia seperti yang dilaporkan di media semalam (11 Februari).

LHDN dalam kenyataannya hari ini turut menggesa Yayasan Amal Maaruf Malaysia untuk membuat penjelasan segera mengenai perkara itu bagi mengelakkan salah tanggapan di kalangan orang ramai.

“LHDN adalah agensi yang bertindak membuat penilaian dan memberikan kelulusan terhadap sebarang permohonan mana-mana institusi, organisasi atau tabung yang memohon pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

Menurut LHDN, kelulusan pengecualian cukai di bawah subseksyen itu hanya diberikan kepada institusi, organisasi atau tabung yang memenuhi syarat-syarat seperti yang terkandung dalam garis panduan teknikal bertajuk Garis Panduan Bagi Permohonan Untuk Kelulusan Di Bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Senarai institusi, organisasi atau tabung yang telah diberikan kelulusan boleh disemak melalui portal rasmi www.hasil.gov.my > Lain-lain > S.S 44(6) DERMA, katanya.

Kenyataan LHDNM hari ini merujuk kepada laporan media bertajuk ‘Yayasan Amal Maaruf sasar kutipan lebih RM51 juta’ yang menyatakan yayasan itu mensasarkan kutipan dana menjangkau RM51.35 juta pada tahun ini membabitkan pembayar cukai di seluruh negara menerusi program ‘Dana 7 Amanah LHDN’. – BERNAMA

Tags: LHDN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd