• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutuk Tindakan Bakar Jalur Gemilang

oleh
07/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar bendera negara ini secara terbuka di Filipina yang ditampilkan dalam sebuah video.

Dalam kenyataannya di sini, Wisma Putra meluahkan rasa sangat kesal atas penerbitan video kontroversi itu menerusi akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’ pada 19 dan 21 Januari lalu.

Elly Pamatong digambarkan sebagai mengaku pengasas ‘United States Allied Freedom Fighters of the East’ (USAFFE).

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menyifatkan tindakan membakar bendera Malaysia sebagai satu insiden yang serius,” kata Wisma Putra.

“Bendera merupakan simbol negara yang kudus dan harus dihormati,” katanya.

Wisma Putra berkata, perbuatan sedemikian serta komen anti-Malaysia yang dibuat oleh individu terbabit adalah jelik serta tuduhan yang dilemparkan juga tidak berasas.

Wisma Putra seterusnya menggesa kerajaan Filipina mengambil tindakan tegas terhadap Pamatong dan memastikan insiden serupa tidak berulang kerana ia mampu mencemarkan hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia dan Filipina sekarang. – BERNAMA

Tags: jalur gemilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Terus Hukum Jika Tersilap Pasang Jalur Gemilang – DAP Melaka

Jangan Terus Hukum Jika Tersilap Pasang Jalur Gemilang – DAP Melaka

08/08/2026
0

MELAKA - Orang ramai perlu dididik cara untuk memasang Jalur Gemilang dengan betul, bukan terus menghukum atau dijadikan sebagai modal...

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd