• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasihat Al-Sultan Abdullah Buat Pemangku Raja

oleh
29/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang diingatkan oleh ayahandanya supaya berbuat baik dalam melaksanakan tanggungjawab serta melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh ketakwaan.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan Tengku Hassanal bahawa setiap sesuatu kurniaan di muka bumi Allah ini datang bersama tugas dan amanah yang wajib dijunjung.

“Jangan sesekali paduka anakanda bersikap riak dan angkuh. Ambillah resmi padi, makin berisi makin menunduk,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini. Pada istiadat tersebut, turut diadakan pengisytiharan pelantikan Tengku Hassanal sebagai Pemangku Raja Pahang berkuat kuasa Khamis ini, susulan pemilihan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bermula Khamis.

“Kepada Paduka Anakanda Tengku Mahkota Pahang, anakanda kini adalah waris ganti kepada paduka ayahanda. Paduka anakanda bukan sahaja bakal mewarisi takhta kerajaan negeri Pahang, malahan paduka anakanda bakal memikul tanggungjawab untuk memelihara serta mempertahankan legasi Kesultanan Melayu Pahang.

“Oleh itu ambillah pengajaran daripada pepatah Melayu lama yang berbunyi umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga iaitu jika anakanda berbuat baik, paduka anakanda akan tetap dihormati, dimuliakan walau di mana-mana sekalipun berada,” titah Al-Sultan Abdullah.

Al-Sultan Abdullah sebelum itu turut mengucapkan tahniah kepada permaisuri baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar di atas pemasyhuran sebagai Tengku Ampuan Pahang.

“Semoga paduka adinda akan menggalas gelaran ini dengan segala kemuliaan. Teruslah berbakti serta menerangi dan menyinari rakyat jelata di setiap pelusuk negeri yang kita sayangi ini,” titah baginda.

Menurut baginda, istiadat yang diadakan pada hari ini bukan hanya sekadar simbolik semata-mata, namun ia juga melengkapkan kedudukan raja pemerintah yang menjadi punca segala kuasa dalam negeri dan jajahan takluknya.

Al-Sultan Abdullah bertitah walaupun akan meninggalkan negeri ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong, negeri dan rakyat Pahang tetap di hati baginda.

Sultan Pahang yang cukup dikenali dengan sifat mengasihi rakyat bertitah baginda tidak berkesempatan untuk menziarahi setiap pelusuk negeri ini untuk bersama-sama rakyat yang tidak putus mendoakan dan menzahirkan ucapan tahniah kepada baginda.

“Justeru saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggi-tinggi junjungan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, kerajaan negeri, dan seluruh rakyat jelata di atas kesetiaan serta doa kepada saya selama ini.

“Walaupun selepas ini saya berada jauh dari mata, namun negeri Pahang akan tetap di hati saya, Insya-Allah, saya akan sentiasa kembali jika berkesempatan bagi membolehkan ikatan keakraban dan kasih sayang saya kepada rakyat jelata akan terus terjalin,” titah baginda.

Istiadat yang diadakan hari ini mencatatkan sejarahnya tersendiri untuk negeri Pahang apabila dua pemasyhuran diadakan serentak dalam satu majlis. – BERNAMA

Tags: Al-Sultan AbdullahTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Kerajaan Persekutuan tidak menolak keperluan negeri mencari hasil tambahan, tetapi ia perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar, keselamatan...

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd