• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Inap Desa Raih RM30 Juta Setahun

oleh
29/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Industri inap desa negara mencatatkan pendapatan mencecah RM30 juta setahun melibatkan lebih 4,000 pengusaha luar bandar, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata program inap desa yang dimulakan pada 3 Disember 1995 kini mempunyai 208 kluster atau bersamaan 5,620 jumlah bilik.

Menurutnya, kewujudan inap desa di kawasan kampung juga memberi pulangan pendapatan dan melahirkan peluang pekerjaan tetap dalam bidang pelancongan sekaligus mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar.

“Perkembangan baik industri inap desa dalam negara diharap dapat membantu menjayakan sasaran kedatangan pelancong pada tahun ini iaitu 28.1 juta orang dengan menjana pendapatan RM92.2 bilion.

“Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 juga diteruskan bagi menarik kehadiran 30 juta pelancong dengan menjana pendapatan pelancongan RM100 bilion,” katanya dalam ucapan beliau di majlis perasmian Anugerah Inap Desa Cemerlang dan Program Think Tank Homestay Malaysia 2019 di Kampungstay Desa Murni di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya negeri Pahang, Datuk Idros Yahya dan turut hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Inap Desa Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan.

Sementara itu Idros berkata kursus yang dianjurkan Pertubuhan Pengusaha Inap Desa Malaysia itu bertujuan memantapkan industri inap desa selain menggalakkan pengusaha industri untuk bersaing secara sihat.

Katanya, pihak berkaitan pelancongan komited untuk memastikan produk inap desa dapat dipasarkan ke seluruh dunia kerana memberi peluang kepada pelancong menyelami budaya dan seni masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Pada majlis itu 30 pengusaha inap desa dari seluruh negara menerima anugerah dalam pelbagai kategori. – BERNAMA

Tags: Inap Desa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Wanita Muda Ditemukan Terapung Di Lombong

Lelaki Warga Nepal Diberkas Ceroboh Inap Desa

24/02/2024
0

AMPANG JAYA - Seorang lelaki warga Nepal ditahan kerana menceroboh sebuah inap desa di Kampung Perwira Jaya, Ampang Hilir di...

Timbalan Menteri Ditegur Gara-Gara ‘Homestay’

13/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Istilah inap desa dan 'homestay' menghangatkan seketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini, apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd