Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Kempen Hari Hijab Sedunia...

GALAK... Kempen ‘Hari Hijab Sedunia 2019’ yang bertujuan menggalakkan wanita menyuarakan pilihan mereka...

Pelanggan Ramai Punca Aliff...

HEBOH di media sosial sejak semalam mengenai restoran milik pengasas kosmetik, Datuk Seri...

Aktres AS Rekrut Pelacur...

NEW YORK - Aktres Allison Mack yang dibebaskan dari penjara dengan ikat jamin...

8 Tahun Sudah Jana...

Ini kisah yang menarik untuk dikongsi di mana kanak-kanak ini berjaya memanipulasi media...

Lelaki Warga Nepal Diberkas Ceroboh Inap Desa

AMPANG JAYA – Seorang lelaki warga Nepal ditahan kerana menceroboh sebuah inap desa di Kampung Perwira Jaya, Ampang Hilir di sini pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat pemilik inap desa berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati pemilik terbabit mendakwa suspek berada di ruang ramu sebuah rumah yang dijadikan inap desa miliknya itu.

“Pemilik terbabit kemudiannya menghubungi pihak polis sebelum menyerahkan suspek kepada anggota polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, suspek kemudiannya diberkas anggota polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3.05 petang.


“Pemeriksaan mendapati suspek merupakan lelaki warga Nepal, suspek turut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri kepada pihak polis.

“Saringan dijalankan mendapati suspek tidak di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Menurutnya, suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori