• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ingatkan 3, Rupanya 2 Mayat Yang Dikerat-Kerat”

oleh
27/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua mayat yang dikerat beberapa anggota badan ditemukan di tepi sebatang sungai berhampiran taman perumahan Desa Coalfields di Sungai Buloh, petang Sabtu.

Tanpa menyatakan waktu penemuan mayat itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt. Shafa’aton Abu Bakar berkata kedua-dua mayat tersebut ditemukan oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

“Mangsa disyaki masing-masing seorang wanita dan lelaki. Tiada sebarang pengenalan diri pada mangsa. Mayat ada kesan torehan di beberapa bahagian badan.

“Maklumat awal mengatakan orang awam menemui tiga mayat tetapi apabila anggota kita tiba, hanya dua mayat yang ada,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput, kedua-dua mangsa dipercayai mati kira-kira dua minggu lepas dan dibunuh di tempat lain sebelum mayat dibuang berhampiran sungai tersebut.

Shafa’aton berkata 10 anggota bomba dikerahkan ke lokasi penemuan itu bagi membawa mayat keluar dari tempat tersebut dengan dibantu pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. – BERNAMA

Tags: Kerat MayatMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd