ALAHAI… Setelah kantoi seorang senator Pakatan Harapan (PH) ugut Orang Asli, kali ini blok politik aneh itu buat lawak lagi apabila mahu tawar kewarganegaraan kepada komuniti tersebut.
Namun usaha pelik Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa pelik terhadap janji manis tersebut konon PH mahu sediakan draf bagi Orang Asli diberi kewarganegaraan penuh.
Otai parti cauvinis berkenaan dilaporkan terpaksa berjanji janggal sedemikian jika calon kitar semula DAP yang mewakili PH disahkan menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada Sabtu ini.
Justeru kata Najib dalam nada sindiran, PH memang sudah pun menjadi Kerajaan Persekutuan sejak sembilan bulan lalu, sekali gus boleh bantu Orang Asli dan tiada pihak yang mampu halang parti itu berbuat demikian.
“Sekali lagi, saya amat terhibur dengan Kit Siang hari ini. Pagi tadi, uncle (Kit Siang) janji akan buat pelan tindakan (blueprint) supaya Orang Asli boleh menjadi warganegara penuh jika PH menang di Cameron Highlands.
“Untuk makluman uncle, PH hari ini sudah Kerajaan Pusat. Tiada siapa yang boleh halang mereka buat blueprint. Hendak yellowprint, redprint atau greenprint ke, pun boleh,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.
Tambah Najib, kalau PH benar-benar ikhlas untuk hasil pelan tindakan untuk Orang Asli, perkara itu perlu dibuat sebelum PRK Parlimen Cameron Highlands lagi tanpa ambil kira sama ada PH akan menang atau tewas teruk.
Beliau mempersoalkan adakah Kit Siang yang dirujuknya sebagai menteri hal ehwal Najib (menhen) sedang ugut Orang Asli bahawa PH tidak akan jaga etnik itu dan tidak akan lagi bertaraf warganegara penuh jika PH kalah PRK?
“Wahai Kit Siang, masyarakat Orang Asli memang sudah lama jadi warganegara penuh Malaysia sejak negara ini capai kemerdekaab. Oleh itu, calon Barisan Nasional (BN) ialah Orang Asli anak tempatan.
“Kalau masih tidak puas hati, Kit Siang perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa BN telah letak seorang bukan warganegara Malaysia sebagai calon Ahli Parlimen kita.
“Apa hal menhen sudah macam menggelabah tidak tentu arah baru-baru ini?” kata Najib dalam nada sinis. – Agensi/Mynewshub.TV

