• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dihalang Solat Dalam Masjid Sebab Berkerusi Roda

oleh
23/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Video lelaki cacat diarah untuk bersolat di luar Masjid Besar Sumatera Barat di Padang, kerana kerusi rodanya dianggap tidak bersih mencetuskan kemarahan di media sosial Indonesia.

Menurut The Jakarta Post, Abraham Ismed turut menulis pengalamannya berbalah dengan pegawai keselamatan masjid yang diluahkannya di Instagram menerusi akaun @boy1492.

Abraham menerima 582 ‘like’ dan 241 komen. Rata-rata netizen mengutuk sikap pegawai keselamatan yang dianggap mendiskriminasi, tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Abraham turut mengutuk peraturan di masjid itu sebagai “tidak masuk akal.”

“Adakah saya perlu merangkak masuk ke dalam masjid untuk bersolat? Kerusi roda ibarat kaki untuk OKU seperti saya,” kata Abraham yang turut mengakui ia bukanlah kali pertama dia didiskriminasi kerana berkerusi roda.

Pekerja di masjid terbabit, Yulius Said, berkata pegawai keselamatan sudah menawarkan bantuan untuk membantu Abraham masuk ke dalam masjid tanpa perlu berkerusi roda, tetapi ditolak.

“Memasuki masjid dengan berkerusi roda adalah sama seperti memakai kasut ketika bersolat. Kita tidak tahu sejauh mana kebersihan kerusi roda itu,“ katanya.

Timbalan Gabenor Sumatera Barat, Nasrul Abit turut dilaporkan kecewa dengan kejadian berkenaan.

“Setiap orang Islam termasuklah golongan cacat, dibenarkan memasuki masjid besar.

“Perkara ini diketahui oleh Gabenor Irwan Prayitno dan mengarahkan pegawainya untuk bercakap dengan pihak berkuasa masjid,” kata Nasrul. – Agensi

Tags: cacatIndonesiakerusi rodamasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd