• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Laporan Salah Laku PRK Cameron Highlands

oleh
22/01/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS menasihati pengundi supaya keluar awal dan yakin keselamatan mereka terjamin sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis akan mengawal setiap perjalanan PRK, termasuk lalu lintas, agar para pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan selesa dan lancar.

“Saya nasihatkan semua parti yang terlibat dan para pengundi atau penyokong dapat berhemah mengikut peraturan sedia ada, bertoleransi, mengikut undang-undang dan beretika dalam berkempen atau semasa mengundi menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau proses pengundian awal PRK Cameron Highlands di Balai Polis Brinchang, di Tanah Rata, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata polis setakat ini menerima 21 laporan pelbagai salah laku sepanjang PRK Cameron Highlands termasuk pemberian wang, khemah yang dirosakkan, dan kertas undi yang ditularkan di media sosial.

Ditanya mengenai insiden kekecohan di Pos Lenjang Kuala Lipis, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan dan polis masih menunggu arahan timbalan pendakwa raya sekiranya perlu memanggil Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang juga Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Dilapor, video yang menunjukkan penginapan UMNO Rompin di Pos Lenjang didatangi Tengku Zulpuri Shah bersama beberapa individu yang didakwa tidak berpuas hati selepas jentera Barisan Nasional (BN) dikatakan ‘membongkar’ tindakan anggota Pakatan Harapan (PH) menggunakan kenderaan kerajaan untuk berkempen.

Ditanya mengenai dua individu yang mengaku sebagai anggota polis dalam video itu, Mohd Yusri berkata mereka masih lagi bertugas dan akan dipanggil selepas menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya.

PRK Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lepas mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 bagi kerusi parlimen itu terbatal dan tidak sah.

PRK berkenaan menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH dan BN serta dua calon bebas.

PH mempertaruhkan M Manogaran yang juga timbalan pengerusi DAP Pahang manakala BN diwakili Ramli Mohd Nor, seorang bekas polis. Dua calon bebas ialah bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan petani Wong Seng Yee. – BERNAMA

Tags: laporan polisPRK Cameron Highlands
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd