• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Akan Ambil Tindakan Saman Terhadap KJ

oleh
21/01/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Khairy Jamaluddin yang didakwanya masih terus mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu penggunaan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata peguam peribadi kepada menteri pertahanan berkenaan akan menghantar notis tuntutan undang-undang kepada Anggota Parlimen Rembau itu dalam waktu terdekat.

“Khairy terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu kenyataan pada 15 Januari 2019,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, Ahad, bekas Ketua Pemuda UMNO itu dilapor berkata menteri pertahanan berkenaan menggunakan jentera ATM ketika berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) sempena PRK Cameron Highlands.

Sebelum ini, Mohamad menjelaskan gambar yang memaparkan beliau dengan berlatarbelakangkan helikopter merupakan lawatan rasminya ke Kem Slim, Cameron Highlands pada 9 Januari, tiga hari sebelum penamaan calon PRK kawasan Parlimen itu.

Mohamad yang juga Presiden Amanah menjelaskan bahawa beliau menaiki kereta persendirian ke Cameron Highlands pada hari penamaan calon, 12 Januari lepas. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinMohamad SabuPRK Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd