• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Laporan Polis Sepanjang 3 Hari Kempen PRK C.Highlands

oleh
16/01/2019
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK lapan laporan polis diterima sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang bermula Sabtu lepas, sehingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Ashari Abu Samah berkata bagaimanapun tiada sebarang kertas siasatan yang dibuka setakat ini.

Beliau berkata laporan polis tersebut melibatkan tiga kes iaitu berkaitan ugutan seorang senator terhadap Tok Batin di Sungai Koyan pada 11 Jan lepas dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ashari berkata satu lagi kes membabitkan laporan oleh Pemuda MIC dan Barisan Nasional (BN) berkaitan tular foto wanita memakai baju Pakatan Harapan (PH) memberi duit kepada penduduk Orang Asli di Pos Mension.

“Laporan dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Menurut Ashari satu lagi kes adalah berkaitan pemasangan bahan kempen di bangunan kerajaan oleh BN di Sg Koyan dan kes tersebut dirujuk kepada SPR atas arahan Timbalan Pendakwa Raya.

Sementara itu, katanya sebanyak 10 kempen dan ceramah diadakan dalam jangka masa tersebut dengan masing-masing lima daripada PH dan BN.

Beliau berkata permit ceramah boleh dipohon daripada Ketua Polis Daerah Cameron Highlands dan Ketua Polis Daerah Lipis oleh calon-calon serta ejen-ejen calon yang bertanding, sebagai mana peruntukan Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Untuk parti-parti yang berkempen menggunakan kenderaan dinasihatkan juga memohon permit dan elakkan daripada melanggar peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan serta perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Mengenai suasana berkempen di seluruh Cameron Highlands dan Lipis, beliau berkata setakat ini keadaan terkawal sambil mengucapkan terima kasih kepada semua parti politik yang berkempen kerana akur dengan nasihat pihak polis.

“Diharapkan semua pihak dapat mengekalkan semangat berkempen yang matang sehingga tamat tempoh berkempen pada jam 12 tengah malam 25 Jan,” katanya. – BERNAMA

Tags: laporan polisPRK Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd