• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Pahang Serah Kepada Takdir Peluang Ditabal Agong

oleh
13/01/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 24 Januari ini untuk mengumumkan pilihan calon yang terbaik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 demi kebaikan negara.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas kemungkinan baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berikutan pelantikan sebagai Sultan Pahang keenam berkuat kuasa semalam.

“Ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi, kalau sudahpun tercatit ke situ ke situlah saya, kita lihat surah Yasin ayat 82, barulah kita faham apa yang saya maksudkan,” titah baginda.

“Surah Yasin ayat 82: Innama amruhu idza arada syaian an yaqula lahu kun fayakun. Ertinya, Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah! Maka jadilah ia.”

Sultan Abdullah bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana mahu memfokuskan kepada soal pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari ini.

“Saya akan fikir apakah yang harus saya buat selepas itu,” titah baginda ketika ditemui pemberita selepas solat subuh di Masjid Imam Syafie, Kota SAS, di Kuantan hari ini.

Sementara itu, Sultan Abdullah turut berkongsi perasaan baginda sebaik mendapat maklum tentang pengumuman pelantikan sebagai Sultan Pahang, yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah semalam.

“Perasaan insaf dan tawaduk sebaik terima panggilan dan cadangan menjadikan saya sebagai Sultan Pahang keenam… Ini sudah tentu satu perasaan berbelah, ada perasaan sedih ada perasaan syukur tanda kepercayaan ayahanda dan adik-beradik serta sebahagian besar rakyat Pahang.

“Ini juga satu tanggungjawab besar saya kepada rakyat dan saya akan usahakan untuk lakukan yang terbaik untuk rakyat Pahang tidak kira bidang apa sekalipun,” titah baginda.

Baginda juga berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan tidak kira kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat untuk membela rakyat yang memerlukan bantuan.

Semalam baginda diumumkan sebagai Sultan Pahang yang baru menggantikan ayahanda baginda yang kini dilaporkan dalam keadaan gering.

Cadangan untuk melantik Sultan Abdullah, 60, dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur Jumaat lalu setelah perbincangan diadakan dalam kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara. – BERNAMA

Tags: sultan abdullahSultan Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Pahang Paling Layak Terajui FAM – Takiyuddin

Sultan Pahang Paling Layak Terajui FAM – Takiyuddin

06/02/2026
0

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Kelantan menyifatkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah paling layak untuk...

Pameran Tanjak Terbesar Di Istana Budaya

13/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Replika tanjak Pahang 'Lang Menyongsong Angin' hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd