• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Daulat Tuanku!’ Cetus Spekulasi Sultan Pahang Baru

oleh
11/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEBARAN… “Sama-sama,” demikian reaksi spontan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada petugas media selepas menerima ucapan ‘Tahniah Tengku’.

Ucapan tersebut diberikan selepas desas-desus khabar angin dalam kalangan delegasi istana Pahang bahawa pertemuan hari ini bagi dapat perkenan memasyhurkan baginda sebagai Sultan Pahang yang baharu.

Terdahulu, Tengku Abdullah, 59 mempengerusikan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang berlangsung lebih tiga jam bermula pukul 4 petang, di Hotel Pullman Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum mesyuarat tersebut berakhir kira-kira pukul 7.30 malam, kedengaran bunyi laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali dalam kalangan Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang sebelum merakam gambar bersama.

“Terima kasih media, terima kasih semua. Tak boleh komen,” titah Tengku Abdullah bersahaja dalam nada gurauan selepas baginda ditanya pihak media mengenai intipati kandungan mesyuarat jumaah tergempar berkenaan.

Mesyuarat dihadiri Orang-Orang Berempat, Berlapan dan 16 serta kerabat diraja Pahang itu dibuat selepas Majlis Pengurniaan Suratcara Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang baharu, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.

Beliau secara rasmi menggantikan Datuk Seri Muhammad Safian Ismail. Turut berangkat ialah isteri Tengku Abdullah iaitu Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Sepanjang mesyuarat khas itu berlangsung, Tengku Abdullah kelihatan keluar meninggalkan kamar beberapa kali, dipercayai bagi beri ruang anggota Jumaah Pangkuan Diraja Negeri mengadakan siri perbincangan dan pengundian.

Difahamkan, peranan Tengku Abdullah susulan keberangkatan baginda meninggalkan majlis sebagai pengerusi mesyuarat tersebut kemudian diambil alih Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Sebaik tamat mesyuarat, laungan ‘Daulat Tuanku’ jelas kedengaran dari kamar khas berkenaan, sebelum Tengku Abdullah berkenan berangkat meninggalkan majlis.

Mencuri tumpuan lensa, Tengku Puan Pahang dilihat berulang kali mengesat air mata ketika mengambil tempat untuk majlis bergambar bersama kerabat diraja dan anggota Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.

Sementara itu, Sallehuddin ketika dikerumuni pihak media berkata, pengumuman mengenai mesyuarat pada hari ini hanya akan dimaklumkan jam 3 petang esok di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

““Saya tidak boleh kata ia mengenai apa, tetapi semuanya akan dimaklumkan pada sidang media itu, Mengenai apa-apa keputusan hari ini akan diumumkan di istana,” katanya yang enggan ulas lanjut. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Sultan PahangTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Pahang Paling Layak Terajui FAM – Takiyuddin

Sultan Pahang Paling Layak Terajui FAM – Takiyuddin

06/02/2026
0

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Kelantan menyifatkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah paling layak untuk...

Pameran Tanjak Terbesar Di Istana Budaya

13/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Replika tanjak Pahang 'Lang Menyongsong Angin' hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd