• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Maut Cuaca Sejuk Melampau Landa Eropah

oleh
10/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OSLO – Cuaca sejuk melampau melanda Eropah, memerangkap ratusan orang di wilayah Alpine, juga menyebabkan angin kencang yang memaksa penerbangan dibatalkan dan meningkatkan risiko lebih banyak kejadian runtuhan salji.

Sekurang-kurangnya 13 maut dalam kemalangan berkaitan cuaca di Eropah minggu lalu, kebanyakannya disebabkan runtuhan salji.

Di Norway, cubaan mencari mayat empat pemain ski ditangguhkan lagi semalam disebabkan kadar penglihatan teruk dan salji tebal.

Seorang wanita Sweden berusia 29 tahun dan tiga warga Finland, berusia 29, 32 dan 36 tahun, dianggap meninggal dunia selepas runtuhan salji berlaku di lembah berhampiran bandar raya Tromsoe minggu lalu.

Polis Romania, semalam menemui mayat lelaki berusia 67 tahun yang sudah beku di tempat letak kenderaan di bandar raya Slatina selepas isterinya melaporkan beliau tidak pulang dari kerja.

Di Austria, ratusan penduduk terkandas dalam rumah masing-masing disebabkan jalan raya yang tersekat dan beberapa wilayah mengalami gangguan bekalan elektrik selepas tiang elektrik ditimpa pokok.

Malam Isnin lalu, 11 pendaki Jerman terpaksa diselamatkan dari kabin berhampiran Salzburg, selepas terperangkap akibat salji tanpa bekalan elektrik dan kehabisan makanan.

Kematian akibat runtuhan salji juga dilaporkan di Switzerland, Austria dan Jerman, dan pihak berkuasa memberi amaran penurunan salji berterusan meningkatkan risiko berlaku runtuhan salji. – Agensi

Tags: cuaca sejukEropah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan bantahan Malaysia terhadap kempen anti minyak sawit yang melampau di...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd