• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: Mat Sabu Enggan Ulas Penahanan Anak

oleh
06/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, menegaskan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tambahan susulan penahanan anaknya Ahmad Saiful Islam, 31, di sebuah pusat hiburan sebelum disyaki positif dadah jenis ganja dalam serbuan, semalam.

Katanya, beliau mengeluarkan kenyataan bertulis sebelum ini dan ia sudah memadai bagi menjawab insiden yang berlaku kepada anaknya itu.

“Tidak ada kenyataan tambahan melainkan kenyataan bertulis yang saya buat itu,” katanya pada sidang media, di sini.

Mohamad berkata demikian selepas ditanya sama ada beliau akan menyerahkan kes anaknya itu untuk siasatan polis.

Terdahulu, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) melawat rumah keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, iaitu anggota bomba yang maut, awal bulan lalu ketika menjalankan tugas ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lepas.

Sebelum ini, Ahmad Saiful Islam bersama 101 individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, awal pagi semalam oleh Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Difahamkan, Ahmad Saiful Islam bersama rakannya berusia 33 tahun sedang berhibur ketika operasi dijalankan sebelum ujian saringan air kencing awal dilakukan terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia positif ganja.

Bagaimanapun, Ahmad Saiful Islam dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6 petang semalam.

Mohamad sebelum ini mengesahkan penahanan anaknya itu melalui kenyataan bertulis dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

“Anak saya sama seperti anak orang lain juga tertakluk kepada proses undang-undang negara,” katanya melalui kenyataan itu. – BH Online

Tags: dadahMat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd