• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tegas Dengan Keputusan Pelantikan

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan mengkaji semula keputusannya mengenai pelantikan kepimpinan pusat parti itu sebagaimana diminta oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Tidak ada keperluan bagi saya berbuat demikian oleh kerana nama-nama berkenaan telahpun diluluskan oleh majlis.

“Saya telah ambil masuk kedua-dua puak. Jika anda lihat, saya telah lantik Ali Biju (sebagai naib-presiden) yang merupakan penyokong Azmin dan juga ketua penerangan (Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin) yang juga penyokong beliau,” kata Anwar ketika ditemui selepas menghadiri program Pendidikan Demo Neuro di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Springhill, di sini hari ini.

Anwar yang juga MP Port Dickson menafikan beliau menghadapi isu dengan Mohamed Azmin selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mempersoalkan cara pemilihan orang-orang yang dilantik ke dalam majlis pimpinan pusat PKR.

Anwar berkata hasrat beliau semata-mata untuk melindungi kepentingan semua anggota PKR dan bukan puak tertentu.

“Anda tidak boleh mendapatkan semua penyokong anda ke dalam majlis… anda mesti mendapatkan penyokong PKR,” kata beliau.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata pelantikan itu tidak mencerminkan prinsip mewakili aspirasi anggota secara adil dan saksama.

Sementara itu, dalam program Himpunan Pencak Pendekar Pesilat Bangsa Beradat yang diadakan di Pantai Cahaya Negeri, dekat sini, Anwar dalam ucapannya menyeru agar seni persilatan dihidupkan kembali bagi membentuk jati diri anak muda supaya lebih berdisplin dan terhindar dari masalah gejala sosial.

“Apa ertinya pembangunan, mempunyai bangunan pencakar langit serta teknologi canggih jika kita hilang seni dan kebudayaan kita sendiri.

“Kita mahu menghidupkan kembali seni budaya persilatan ini di setiap daerah, taman perumahan dan kampung,” katanya.

Seramai 900 pesilat daripada pertubuhan dan persatuan silat dari Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur menyertai program itu. — BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd