• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Persoal SST Lebih Untungkan Siapa

oleh
29/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan golongan manakah yang dapat faedah daripada pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh pihak rejim Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana, kata bekas Menteri Kewangan tersebut, sejak SST diwujudkan kembali sehari selepas sambutan Hari Kebangsaan 2018 lalu, harga barangan pengguna tidak turun sebaliknya naik, sekali gus membebankan rakyat.

Malahan ramai pemimpin PH sendiri, tambah Najib yang juga mantan Perdana Menteri, ada mengakui kutipan cukai kerajaan setiap tahun daripada hasil SST lebih rendah daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Untuk 2018 sahaja, kerajaan PH hanya mampu kutip RM21 bilion dari SST berbanding RM44 bilion dari GST – iaitu jurang kutipan sebanyak RM23 bilion. Jurang besar ini juga akan bertambah untuk tahun-tahun mendatang.

“Tetapi apa yang kita tengok hari ini ialah harga jualan kepada pengguna tidak pula jatuh. Sebaliknya, banyak yang naik lagi. Pengguna tidak dapat manfaat dari SST. Rakyat lebih dibebankan,” luah Najib dalam kenyataan media.

Disebabkan hasil kerajaan PH teruk berkurangan, beliau dalam nada kesal menjelaskan bahawa segala bantuan dan projek mesra rakyat perlu dikurang atau dimansuhkan langsung sehingga ia mengakibatkan rakyat yang lebih derita.

“Jika bukan rakyat dan kerajaan yang dapat manfaat apabila SST ganti GST, pihak yang mana telah dan akan untung lagi dari kehilangan hasil cukai puluhan bilion ringgit setiap tahun? Golongan yang mana?” ujar Najib secara sinis.

Untuk rekod, GST berjaya dilaksanakan di lebih 190 buah negara dalam kekang amalan ketirisan akibat penipuan peniaga tidak jujur yang lazimnya disebut sebagai ekonomi gelap atau mafia economy. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: GSTSST
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd