• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruelektrik Didakwa Khianat Lastik Guli Ke Arah Kereta

oleh
28/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang juruelektrik dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan melakukan khianat dengan melastik guli ke arah kereta sekitar Kuantan, pada Ogos dan pertengahan bulan ini.

Di hadapan Majistret Nor Azizah Aling, tertuduh Mohd Kamal Jamaluddin, 54, yang beralamat di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, dengan tenang mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan ke atasnya.

Dia yang bertubuh tinggi lampai itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan menggunakan guli kaca pada waktu petang dan malam antara 15 dan 18 Dis lalu di Jalan Kampung Tengah dan Jalan Kampung Baru Seri Teruntum di sini.

Perbuatan tertuduh didakwa menyebabkan tiga pemilik kereta kerugian RM950 selepas cermin kereta mereka pecah apabila guli tersebut mengenai cermin sisi atau cermin belakang kereta mereka.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah mengurangkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan atas alasan perlu menanggung dua anak berusia belasan tahun.

“Isteri saya sudah tiada. Pendapatan bulanan saya ialah RM3,000 sebulan yang digunakan untuk menanggung kami tiga beranak,” katanya.

Nor Azizah membenarkan jaminan tertuduh pada jumlah RM7,500 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 21 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula untuk lantikan peguam.

Sementara itu, di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan kesalahan sama sehingga menyebabkan kerugian RM400 kepada pemilik kereta pada 9.30 malam, 27 Ogos lalu di Jalan Kampung Jawa, di sini.

Nurunaim membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Jan depan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor V. Muneswaran. – BERNAMA

Tags: guli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

Dilastik Dengan Guli, Cabaran ATM Di Sempadan

26/09/2023
0

CYBERJAYA: Dilastik dengan guli adalah antara cabaran yang pernah ditempuhi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika bertugas menjaga sempadan negara...

Polis Rungkai Misteri Kes Baling Guli Di Kuantan

21/12/2018
0

KUANTAN - Misteri kes cermin kereta pecah di sekitar bandar ini akibat dilastik dengan guli oleh individu tidak dikenali akhirnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd