Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Ribuan Hadiri Sambutan Ulang...

KUCHING: Lebih 10,000 menghadiri istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan Hari Jadi...

Belum Fikir Ubah Angin,...

SELEPAS berjaya membintangi filem seram pecah panggung, Pengabdi Setan, Bront Palarae kini masih...

Video YouTube Satukan Semula...

IMPHAL - Seorang lelaki di India yang hilang selama 40 tahun akhirnya bertemu...

Media Berperanan Penting Bantu...

TAWAU - Media berperanan penting membantu wakil rakyat menyampaikan segala isu berkaitan kepada...

Dilastik Dengan Guli, Cabaran ATM Di Sempadan

CYBERJAYA: Dilastik dengan guli adalah antara cabaran yang pernah ditempuhi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika bertugas menjaga sempadan negara di Sungai Golok, Kelantan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Perkara itu didedahkan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, ATM, Mejar Jeneral Noorrul Azril Ariffin ketika Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 di sini, hari ini.

Noorrul berkata, insiden itu disifatkan sebagai cabaran setempat yang dihadapi anggota penguatkuasaan dalam operasi kawalan sempadan negara dan jenayah rentas sempadan.

Menurutnya, secara tradisinya penduduk di Golok dan Thailand adalah bersaudara malah, mereka kerap berulang alik.

“Setiap petang, ada sahaja penduduk bawa kuih, beras kampit dan bila kita tahan untuk periksa, dia kata hendak hantar ke rumah anak di seberang.

“Ada yang kita tahan kata hendak hantar anak mengaji al-Quran. Ada yang kata hendak ke rumah isteri dan ini antara budaya setempat di kawasan itu,” katanya.

Katanya, pihaknya akui keadaan dan budaya setempat itu sedikit sebanyak mengganggu operasi kawalan sempadan dan sindiket penyeludupan di laluan itu.


Noorrul berkata, pihaknya mengakui sukar mendapat kerjasama daripada penduduk setempat khususnya dalam soal menangani isu penyeludupan dan jenayah rentas sempadan disebabkan budaya setempat berkenaan.

“Mereka (penduduk setempat) juga melihat kita (penguat kuasa) sebagai orang luar, malah, anggota juga akan bertukar setiap bulan atau tiga bulan.

“Bagi mereka, kita bukan kawan dan mereka (penduduk) banyak diamkan diri dan ambil pendekatan tidak bantu kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noorrul berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk mengatur aset-asetnya bagi menghadapi bencana banjir.

Katanya, Panglima Angkatan Tentera sudah mengeluarkan arahan dan antara aset-set yang akan digerakkan termasuk bot dan trak tujuh tan.

“Kami juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jika diperlukan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori