• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kalau Tak Bagus, Biar Saya Tanggung Sendiri’

oleh Cj Mnh
27/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Melancarkan single ketiga khas buat permata hati berjudul Anak, pelawak Achey memohon pengertian ramai dirinya serius menjadi penyanyi.

Achey yang pernah merakamkan single Yang Terindah dan Makcik Bawang memberitahu, dia mahu menjadi artis versatil dengan kemampuan menyanyi dan mencipta lagu.

“Saya cuba buktikan diri ini versatil. Semua ini saya buat sepenuh hati… Bukan sekadar melepaskan batok di tangga,” katanya kepada BH Online.

Semalam, Achey melancarkan single Anak ciptaannya tanda cinta buat si puteri, Nur Tiara Zinnirah Mohd Nasir yang berusia tujuh bulan.

Achey berkata, biarpun dilihat mampu mencipta lagu dan menyanyi, dia tidak pernah menganggap dirinya bagus.

“Kalau lagu ini (Anak) tak bagus, maka biarlah saya tanggung semua kekurangan dan cuba buat lagi sampai puas. Begitu juga kalau lagu ini diterima, saya amat bersyukur.

“Sama juga apabila saya melakukan komedi, kalau menjadi dan orang terhibur, itu suatu rasa yang membahagiakan. Andai sebaliknya, saya terima juga,” katanya.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah berterima kasih kepada syarikat rakaman, 17 Eleven Music dan komposer Zimy atas kepercayaan diberi.

“Zimy misalnya melihat saya ada nilai sentimental dalam mencipta lagu dan menyanyi. Zimy turut bertindak membuat susunan muzik dan menambah baik lagu ini,” katanya.

Tidak hairanlah, single Anak cukup istimewa di hati Achey.

“Lagu ini memberi nilai sentimental yang cukup besar dalam diri terutama selepas kehadiran Tiara.

“Saya cipta lagu ini pada hari pertama saya dikurniakan Tiara. Saya mendapat idea ketika dalam perjalanan pulang ke kampung di Segamat, Johor, pada bulan Ramadan.

“Setibanya di rumah, ketika Tiara tidur, saya terus menulis lagu ini sambil ‘humming’,” katanya yang menulis lirik lagu terbabit pada hari sama.

Tiara dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 15 Mei lalu dan dijaga Achey dan isteri sejak awal Ramadan. – BH Online

Tags: Acheyanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd