• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Dianaktirikan’ Suria KLCC, BritishIndia Kemuka Saman

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama pakaian tempatan, BritishIndia mengemukakan saman terhadap pihak pengurusan pusat membeli belah mega, Suria KLCC kerana mengarahkan butiknya yang beroperasi di situ untuk berpindah ke premis lain.

Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu, pengasasnya, Pat Liew berkata, syarikat tersebut telah diberikan tempoh selama empat hari untuk menerima tawaran tanpa syarat untuk berpindah ke lot lain, atau diletakkan di mana-mana premis dalam Suria KLCC.

Arahan tersebut telah dikeluarkan pada Julai tahun lalu dan pihak BritishIndia kemudiannya sedaya upaya berusaha untuk mengekalkan lokasinya di tempat sama. Tambahan pula, mereka telah melunaskan sewaan untuk bulan tersebut.

patliew211213

Memetik kenyataan Liew dalam sebuah akhbar tempatan, “Kami mendapat tahu bahawa lokasi premis BritishIndia sekarang ini dicadangkan untuk disewa kepada satu jenama fesyen asing yang sudah mempunyai lokasi sedia ada di Suria KLCC.

“Kami dibiarkan tanpa mempunyai pilihan, kami nekad mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi hak-hak kami dan dilayan secara adil.”

Lantas itu, jenama tersebut kini memohon injuksi untuk menghalang pihak Suria KLCC daripada meneruskan niat mereka dan perintah halangan itu bakal berkuatkuasa 24 Februari 2015.

HAR_5272

Isu tersebut turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya semalam (Khamis), beliau mengingatkan pusat membeli belah milikan Petronas itu supaya memiliki semangat nasional yang tinggi dalam memberi peluang kepada jenama-jenama keluaran tempatan.

Untitled

“Tetapi saya rasa Suria KLCC juga perlu memainkan peranan untuk mempromosikan jenama-jenama Malaysia. Kalau pergi ke Suria KLCC hari ini, jenama tempatan semakin kurang di premis-premis strategik.

“Kebanyakkan ‘disorok’ di lokasi-lokasi pinggiran. Berita terbaru ini sahkan trend pengurusan Suria KLCC yang nampak tidak bersungguh mempromosikan jenama Malaysia.

“Sebelum dilantik sebagai Menteri, saya pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Saya telah terima banyak aduan daripada usahawan tempatan yang tidak dilayan oleh pengurusan Suria KLCC.

slider-AE1C1676

“Usahawan ini tidak minta sewaan diberi secara percuma. Mereka sanggup bayar sewa Suria KLCC yang tinggi. Tetapi oleh kerana mereka tidak menjual jenama international, mereka tidak dipandang oleh Suria KLCC.”

Selain itu, Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hassan Malek berkata, kementeriannya sedang membuat penelitian berkaitan peruntukkan undang-undang yang sesuai untuk dikenakan kepada Suria KLCC.

Menurut beliau, pihaknya kecewa dengan insiden tersebut kerana secara peribadinya, beliau pernah menasihati pihak pengurusan pusat membeli belah itu untuk tidak ‘menganggu’ peniaga tempatan bagi memperkukuhkan jenama Malaysia.

HASAN MALEK_BANK RAKYAT_LAUNCH

“Nampaknya, nasihat saya tidak diendahkan pengurusan Suria KLCC. Kenapa mereka melakukan perkara ini? Jangan fikir mencari keuntungan semata-mata.

“Lebih-lebih lagi tindakan ini seolah-olah membelakangi Kempen Beli Barangan Malaysia yang dilaksanakan kementerian.”

Sekadar informasi, BritishIndia merupakan jenama tempatan yang bertapak kukuh dalam industri fesyen apabila sudah memiliki 40 buah butik, termasuk 20 cawangan di Singapura, Thailand, Singapura dan sedang mengembangkan operasinya ke seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita – BritishIndia Saman Suria KLCC

Tags: Hasan MalekjenamaKhairy JamaluddinKLCC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd