• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Parah Diserang Gajah

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Telupid – Suami isteri parah apabila diserang dan dipijak sekawanan gajah liar dalam kejadian, di sini, Kampung Gambaron, Jalan Laju Cahaya, di sini, kira-kira 6 pagi semalam.

Kuanyun Basinah, 39, cedera di belakang badan manakala isterinya yang masih belum dikenali berusia 40 tahun, turut cedera dirusuk selepas dipijak haiwan berkenaan.

Difahamkan, mereka dikatakan sedang membersihkan kebun sebelum gajah yang datang dari hutan berhampiran mula menyerang wanita terbabit.

Menyedari kejadian itu, suami mangsa cuba membantu menyelamatkan isterinya namun turut diserang.

Selepas ‘mengamuk’ beberapa minit, haiwan liar itu kemudian menuju semula ke hutan berhampiran.

Beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu kemudian membawa pasangan suami isteri terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran Inspektor Nasyrul Ridzuan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Klinik Telupid untuk rawatan lanjut dan polis sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan, satu daripada sekawan gajah liar itu ditangkap JHL di hutan berhampiran kebun suami isteri terbabit. – myMetro Online

Tags: gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd