• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Sindir PH Berjaya Stabil Harga Petrol

oleh
25/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINDIR… Khairy Jamaluddin secara sinis ucap ‘tahniah’ kepada kerajaan Malaysia baharu apabila dapat tunai salah satu janji manifesto besar pilihan raya mereka iaitu stabil harga minyak petrol.

Namun pada masa sama, beliau mengharapkan agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelaskan kepada rakyat berapakah jumlah keuntungan hasil jualan petrol yang dikutip disebabkan oleh perbezaan harga sehingga sekarang.

“Seperti yang kita maklum harga RON95 kekal pada harga RM2.20 seliter dari Mei sehingga akhir tahun ini. Syukur dapat kerajaan yang mengutamakan rakyat. Ini mestilah sebab Kerajaan PH menyediakan subsidi yang besar.

“Ia untuk memastikan harga minyak tidak naik, bukan seperti zaman Barisan Nasional (BN) dahulu! Tetapi, betul juga cakap lunch buddy saya, Saudara Rafizi Ramli: bukan ke harga minyak dunia sudah lama turun?

“Beliau ada buat kiraan sendiri. Saya pun cuba buat kiraan saya ikut harga mingguan untuk mengesahkan kiraan Rafizi. “Rupa-rupanya, sudah enam minggu Kerajaan PH kenakan cukai ke atas jualan petrol.

“Ini bermakna sudah enam minggu rakyat membayar lebih dari harga pasaran. Bukan setakat tidak dapat subsidi, enam minggu rakyat bayar ‘cukai’ kepada Kerajaan PH setiap kali mereka isi minyak.

“Tetapi rakyat tak boleh mengomel sebab ingat, janji pilihan raya bukan turun harga minyak tapi stabilkan harga minyak. Jadi walaupun harga minyak di pasaran dunia sudah turun, kerajaan tak perlu turunkan harga petrol.

“Sebab PH hanya berjanji hendak stabilkan harga sahaja… kan dah kena,” kata Ahli Parlimen Rembau itu dalam nada yang cukup sinis menerusi catatan dalam akaun sosial Facebooknya hari ini.

Jelas Khairy lagi harga terkini RON95 mengikut kiraan Automatic Pricing Mechanism (APM) bagi setiap liter adalah lebih rendah daripada harga jualan yang ditetapkan oleh kerajaan PH sendiri iaitu RM2.20.

Malahan kadar harga di bawah RM2.20 ini juga bukanlah baru berlaku beberapa hari yang lepas, sebaliknya sudah berlarutan sejak 8 November yang lalu, lebih daripada sebulan.

“Dengan kata lain, lebih sebulan jugalah kerajaan telah mengutip keuntungan atau mengenakan cukai ke atas setiap liter jualan petrol. Jika disemak, harga jualan petrol RON95 bagi minggu ini adalah sekitar RM1.94.

“Manakala bagi tempoh 5 minggu sebelum ini, harga jualan RON95 sepatutnya antara RM1.95 sehingga RM2.18 sahaja. Namun, kerajaan masih tetap buat keputusan untuk mengekalkan harga jualan RON95 pada kadar RM2.20.

“Ia walaupun berlaku penurunan harga yang agak ketara bagi tempoh tersebut. Sementara menunggu pengumuman harga runcit baharu petrol ‪pada 1 Januari 2019, saya berharap Kementerian Kewangan (MOF) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dapat menjelaskan kepada rakyat Malaysia.

“Berapakah jumlah keuntungan hasil jualan petrol yang telah dikutip oleh kerajaan dari tempoh tersebut sehinggalah sekarang disebabkan oleh perbezaan harga ini,” ujarnya.

Tambah Khairy menerusi pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu, kerajaan PH telah memutuskan untuk mengembalikan penentuan harga runcit petrol bermula ‪1 Januari 2019 mengikut sistem APM berdasarkan apungan harga semasa seperti mana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini.

“Memandangkan kerajaan PH sering melaungkan ketelusan sebagai agenda pentabdbiran mereka, saya juga mengharapkan agar mekanisme baharu APM yang akan diperkenalkan bermula Januari depan didedahkan kepada rakyat agar lebih mudah untuk rakyat membuat semakan terhadap harga jualan petrol pada masa hadapan, dan saya mahu Kerajaan mengumumkan sama ada ditentukan harga siling sebelum subsidi diberi atau tidak.

“Tetapi apa yang pasti, keputusan kerajaan PH untuk mengembalikan sistem APM mengikut harga apungan semasa menjadi bukti jelas bahawa kaedah yang digunakan oleh kerajaan BN sebelum ini adalah tepat dan sangat sesuai dilaksanakan,” ujarnya lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: harga petrolKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd