• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tsunami Baharu Mungkin Landa Indonesia

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Beberapa pakar bencana kelmarin memberi amaran satu lagi kejadian tsunami mungkin melanda Indonesia, sehari selepas hampir 400 orang terbunuh disebabkan letusan gunung berapi yang menghasilkan ombak besar.

“Tsunami itu nampaknya berpunca daripada tanah runtuh di dasar laut sekitar gunung berapi Anak Krakatau,” kata pensyarah Universiti Terbuka di Britain, David Rothery.

Anak Krakatau adalah sebuah pulau yang muncul pada tahun 1928 dalam kawah tinggalan gunung berapi Krakatau yang meragut sekurang-kurangnya 36,000 nyawa dalam letusan besar pada tahun 1883.

Anak Krakatau terletak di antara pulau Jawa dan Sumatera di Selat Sunda, berhampiran beberapa kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

“Walaupun tsunami itu agak kecil, ombak sedemikian penuh dengan pelbagai serpihan berbahaya dan boleh meragut nyawa penduduk yang tinggal berhampiran pesisir pandai, lebih-lebih lagi jika tiada amaran awal,” jelas pensyarah Universiti Portsmouth di Britain, Ri­chard Teeuw.

Gunung berapi itu semakin aktif sejak Jun lalu, jelas pensyarah Universiti Paris-South, Jacques-Marie Bardintzeff.

Tsunami terbaru itu adalah yang ketiga melanda Indonesia dalam tempoh enam bulan lalu. Indonesia mempunyai 127 gunung berapi aktif yang terletak di zon Lingkaran Api Pasifik.

“Kebarangkalian satu lagi kejadian tsunami di Selat Sunda masih tinggi selagi gunung berapi Anak Krakatau kekal dalam fasa aktif ke­rana ia mungkin menyebabkan tanah runtuh dasar laut berulang,” dakwa Teeuw.

Bardintzeff turut memberi peri­ngatan supaya semua pihak berwaspada kerana gunung berapi itu sudah tidak stabil. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: IndonesiaTsunami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd