• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Frekuensi Punca Pegawai Ke Rumah Tan – MCMC

oleh Ahmad Albab
22/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari menjelaskan kehadiran pegawainya di kediaman bekas Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng di Tanjung Tokong, Pulau Pinang semalam bertujuan menyiasat satu insiden gangguan frekuensi.

Dalam satu kenyataan di sini, MCMC berkata gangguan dikesan berpunca daripada sebuah telefon tanpa kabel jenama Panasonic model KX-TGA401 yang dimiliki oleh Tan dan beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“MCMC ingin menasihatkan orang ramai yang memiliki ataupun berniat untuk menggunakan model telefon yang sama agar menghubungi pejabat MCMC berhampiran bagi mengelakkan berulangnya kes-kes gangguan sedemikian yang akan menjejaskan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di kawasan yang terlibat,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan MCMC itu menyusuli dakwaan yang dibuat oleh Tan menerusi laman Facebooknya semalam.

Bekas anggota Parlimen PKR yang bertindak keluar parti pada 2010 dan menjadi wakil Bebas itu memuat naik status berbunyi: “Netizens, just now from 10am to 2am I have no message or something. Just now my family told me that mcmc came to my house to find me, and I wasn’t in. If next without my message, know what’s going on. Political persecution.”

(Netizen sekalian, bagi tempoh 10 pagi hingga 2 pagi tadi saya tidak menerima sebarang pesanan. Baru sekejap keluarga saya memaklumkan MCMC datang ke rumah mencari saya dan saya tiada di rumah. Jika selepas ini tiada mesej daripada saya, ketahuilah apa yang berlaku. Penganiayaan politik.) – BERNAMA

Tags: MCMC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan...

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

27/04/2026
0

CYBERJAYA, 27 April 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang dipercayai pentadbir kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd