• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO Goldman Sachs Pertahan Peranannya Dalam Skandal 1MDB

oleh Ahmad Albab
22/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Ketua Eksekutif Goldman Sachs (Goldman), David Solomon mempertahankan cara bank pelaburan itu mengendalikan skandal membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyifatkan pelbagai kritikan terhadap mereka sebagai tidak adil.

“Saya ingin menekankan bahawa integriti adalah asas budaya kita,” kata Solomon dalam ucapan akhir tahun kepada pekerjanya.

Beliau turut menegaskan bahawa bank sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap skandal itu ke muka keadilan.

Goldman membantu 1MDB dalam urusan pengeluaran bon bernilai AS$6.5 bilion (RM27.14 bilion), tetapi Kuala Lumpur menuduh bank itu dan bekas kakitangannya menyalahguna dana sebanyak AS$2.7 bilion (RM11.27 bilion) ketika proses itu berlangsung.

Isnin lalu, Malaysia memfailkan pertuduhan jenayah terhadap Goldman dan dua bekas kakitangannya, atas dakwaan menyalahguna dana 1MDB untuk membeli pelbagai aset, termasuk kapal layar dan karya seni.

Kes yang membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dikatakan menjadi punca kerajaan pimpinannya tewas dalam pilihan raya umum pada Mei lalu.

Selain itu, Solomon berkata, beliau hanya boleh berkongsi maklumat yang terhad mengenai kes itu, kerana siasatan mengenainya masih dijalankan, tetapi mempertahankan peranan bank berkenaan dalam skandal terbabit.

“Walaupun kita memahami kemarahan dan keraguan yang timbul susulan skandal ini, kita tidak percaya bahawa kritikan yang ditujukan kepada kita memberi gambaran jelas mengenai keadaan kita sebelum ini atau ketika ini.

“Kita percaya budaya dan proses yang berlaku adalah berdasarkan kecekapan dan pematuhan yang ketat dan ia semakin bertambah hari ini,” katanya menurut transkrip pesanan video yang diperoleh AFP dan disahkan oleh jurucakap Goldman.

Solomon yang menerajui Goldman sejak Oktober lalu, turut berkata bank itu mematuhi usaha wajar ketika mengendalikan operasi penawaran bon itu. – AFP/BH ONLINE

Tags: 1MDBGoldman Sachs
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd