• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Tingkat Hubungan Dengan Bernama Sarawak Menerusi Liputan Berita

oleh Cj Mnh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi Jabatan Perhubungan Medianya, berharap dapat meningkatkan hubungan dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), khususnya Biro Sarawak.

Ketua Perhubungan Media Pejabat Wilayah Sarawak Petronas, Johannes Ridu berkata syarikat minyak dan gas negara itu berbangga dapat berkongsi perjalanan kejayaannya di Sarawak, dengan sokongan kuat dan komitmen berterusan oleh Bernama menerusi liputan berita acara dan program syarikat itu.

“Dengan berbuat demikian, Petronas dapat meningkatkan reputasi dan jenamanya di Sarawak,” katanya semasa mengetuai 10 anggota delegasi melawat pejabat Biro Bernama Sarawak di Satok di sini hari ini.

Beliau berkata pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada Bernama atas sumbangan dan penyertaan aktif dalam pencapaian dan acara anjuran Petronas baru-baru ini, termasuk Program Outreach di SK Ulu Pelagus serta mengamalkan laporan yang adil dan seimbang mengenai isu Petronas di Sarawak.

Dalam lawatan itu, Ketua Biro Bernama Sarawak Caroline Jackson memberi taklimat kepada delegasi mengenai peranan dan fungsi Bernama yang mempunyai tiga pejabat di negeri ini iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.

Turut hadir Ketua Jabatan Perhubungan Media Komunikasi Strategik Media-Korporat Kumpulan Petronas Praevitriana Yuliawiratman dan Ketua Jabatan Perhubungan Media Pejabat Wilayah Sabah dan Labuan Jackson Sawatan.- BERNAMA

Tags: Bernamapetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoalkan jumlah sebenar keuntungan bersih tambahan yang diperoleh Petronas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd