• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6,292 Orang Ditempatkan Semula Dalam Sektor Pekerjaan Melalui SIP

oleh Ahmad Albab
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjaya menempatkan seramai 6,292 orang kembali semula bekerja dalam pelbagai bidang dan industri sejak Ogos lepas sehingga kini melalui perkhidmatan carian pekerjaan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata perkhidmatan carian pekerjaan yang disediakan di bawah SIP lebih mesra rakyat kerana mengetengahkan konsep pengurusan kes secara individu yang mana setiap pencari kerja dibantu oleh seorang pegawai perkhidmatan pekerjaan.

“Pegawai perkhidmatan pekerjaan ini akan membuat penilaian, sokongan pekerjaan, pelan perancangan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan bagi membantu orang berinsurans kembali bekerja secepat mungkin,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Faedah Penuh SIP dan Mini Job Hunt 2.0 di Wisma Perkeso hari ini.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak RM16.45 juta faedah interim telah diberi oleh Perkeso kepada pekerja yang disahkan kehilangan pekerjaan dan layak menerima bantuan interim.

“Sejak Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ini diperkenalkan pada 1 Jan 2018 hingga 14 Dis 2018, SIP telah menerima permohonan bantuan interim daripada 22,268 pekerja yang hilang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata mereka yang hilang pekerjaan dari 1 Jan hingga 31 Dis 2018, layak menerima bantuan interim sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum tiga bulan.

“Bagaimanapun, bagi pekerja yang hilang pekerjaan mulai 1 Dis 2018 dan telah cukup mencarum minimum sebanyak 11 bulan caruman, layak menuntut faedah penuh SIP (full-fledge) seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) dan Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB),” katanya.

Justeru, Mahfuz berkata untuk membuat tuntutan faedah EMP bagi bulan kedua, ketiga dan seterusnya, Orang Berinsurans disyaratkan supaya terus aktif mencari kerja dengan mendaftar di mana-mana portal pekerjaan atau memohon kerja terus kepada majikan atau mengikuti program temu duga yang diaturkan oleh Perkeso.

“Saya ingin mengingatkan supaya pekerja yang kehilangan pekerjaan tampil membuat permohonan bantuan SIP secara dalam talian di www.perkeso.gov.my/sip atau hadir ke mana-mana 54 pejabat Perkeso yang berdekatan.

“Tuntutan bantuan SIP hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata sektor perkilangan mencatatkan kategori industri tertinggi kehilangan pekerjaan iaitu sebanyak 7,138 orang (32.1 peratus), diikuti oleh sektor pembinaan 1,933 orang (8.7 peratus) dan sektor kewangan sebanyak 1,754 orang (7.9 peratus).

Mahfuz berkata kategori pekerjaan Perkeranian dan Pekerja sokongan mencatatkan kehilangan pekerjaan tertinggi iaitu sebanyak 4,089 orang (18.4 peratus), diikuti Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 3,807 (17.1 peratus) dan kategori Profesional sebanyak 3,671 (16.5 peratus).

Mahfuz berkata bagi mereka yang sedang menerima EMP dan masih belum berjaya mendapat pekerjaan, dikehendaki melaporkan kepada Perkeso bagi melayakkan mereka membuat tuntutan EMP bagi bulan-bulan berikutnya.

Pada majlis itu, Perkeso menyerahkan cek EMP bagi bulan pertama berjumlah antara RM1,700 sehingga RM3,160 kepada 25 orang kumpulan pertama penerima faedah penuh SIP, bergantung kepada kadar caruman bulanan mereka.

Selain itu, sebanyak 376 jawatan kosong dalam pelbagai kategori pekerjaan telah ditawarkan untuk membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan melalui program Mini Job Hunt 2.0 yang diadakan hari ini. – BERNAMA

Tags: pekerjaanPerkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd