• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Mulakan Perundingan Dengan Muhammad Akhyar

oleh
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain muda berbakat negara Muhammad Akhyar Abdul Rashid semakin hampir menyertai juara Liga Super lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkembangan itu dilihat selepas JDT menerusi laman rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers hari ini mengumumkan perundingan dengan bekas pemain Kedah itu telahpun bermula.

“Kelab JDT telah memulakan perundingan bersama pemain muda berbakat, Akhyar Rashid yang telah diumumkan sebagai pemain bebas dua minggu lalu.

“Kami ingin memperkuat pasukan menjelang tahun bersejarah apabila Harimau Selatan akan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang bertanding di kejohanan Liga Juara-Juara AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia),” kata Pengarah Sukan JDT Martin Prest dalam kenyataan itu.

Muhammad Akhyar, 19, mula mencipta nama selepas menyertai skuad Piala Belia Kedah pada 2014 dan bersama skuad Piala Presiden Kedah pada 2016 sebelum diserapkan dalam skuad utama negeri itu pada musim 2017.

Anak muda ini yang menampilkan prestasi menakjubkan pernah dipanggil menyertai skuad Bawah 17 (B-17) kebangsaan pada 2015, B-19 (2017), B-23 (2018) dan terkini bersama skuad senior kebangsaan membantu Malaysia muncul naib juara Piala AFF Suzuki 2018 baru-baru ini.

Sebelum ini, isu status Muhammad Akhyar mendapat perhatian ramai selepas timbul perkhabaran kononnya JDT berminat menandatangani kontrak beliau tanpa persetujuan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), namun dinafikan JDT. – BERNAMA

Tags: JDTMuhammad Akhyar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd