• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan TH Direman Berhubung Pengubahsuaian Rumah

oleh
19/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Seorang pegawai pengurusan kanan Tabung Haji bergelar ‘Datuk’ direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kes rasuah berbentuk pengubahsuaian rumah bernilai RM400,000.

Perintah tahanan reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah di sini kira-kira 9.45 pagi berpakaian kemeja lengan panjang.

Menurut sumber SPRM, suspek menerima rasuah berbentuk pengubahsuaian rumah berjumlah RM400,000 sebagai balasan memberi projek kerja-kerja penjenamaan semula pejabat cawangan Tabung Haji kepada syarikat kontraktor melibatkan kos RM15 juta.

Suspek dipanggil untuk memberi keterangan semalam dan ditahan pada pukul 8.35 malam semalam di ibu pejabat SPRM.

Lembaga Tabung Haji pada 30 Nov lalu membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan wang dana jemaah haji dan salah nyata dalam perjanjian korporat.

Laporan itu membabitkan bekas Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah; serta pengurusan kanan Tabung Haji. – BERNAMA

Tags: Tabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendedahan RCI Tabung Haji Perlu Ikut Proses – PMX Anwar

Pendedahan RCI Tabung Haji Perlu Ikut Proses – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan langkah mendedahkan laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd