• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Zahid Serah Tanggungjawab Presiden Wajar

oleh Ahmad Albab
19/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden berkuat kuasa serta-merta dilihat sebagai tindakan wajar dalam keadaan kemelut yang dialami oleh parti itu pada waktu ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sungguhpun sedih dengan keputusan tersebut tetapi, langkah itu dilihat dapat menyelamatkan parti dan menghalang lebih ramai pemimpin UMNO keluar daripada parti itu.

“Berdasarkan kemelut yang UMNO hadapi dengan tindakan keluar parti dan ura-ura lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian, keputusan yang dibuat presiden dilihat wajar.

“Kebanyakan yang bertindak keluar parti pula telah menyalahkan kepimpinan beliau yang mereka katakan sebagai tidak menetapkan hala tuju parti untuk kembali teguh seperti sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp awal pagi ini sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid itu yang dibuat malam tadi.

Ahmad Zahid mengumumkan perkara itu pada program Wacana U3.0 anjuran Penerangan UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur.

Program yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook UMNO Online itu dikendalikan oleh Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.

Dalam pada itu, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang turut mengalu-alukan Mohamad yang akan menjalankan tugas-tugas selaku Presiden parti mulai sekarang.

“Tanggungjawab ini memanglah berat dan lebih berat lagi jika kita pemimpin dan anggota UMNO keseluruhannya, tidak memberi kerjasama kepadanya untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan berkesan.

“Paling utama, pemimpin parti terutamanya hendaklah segera menghentikan amalan keluar parti lagi.

“Sebaliknya, sama-sama berusaha membantu beliau menjayakan misinya untuk mengukuhkan kembali dan berusaha agar UMNO bangkit semula, insya-Allah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta Penasihat DAP, Lim Guan Eng supaya tidak...

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd