• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Laksana Tugas Presiden UMNO

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengumumkan timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan akan menjalankan tugas presiden susulan kemelut yang melanda parti itu.

Sehubungan itu, beliau berharap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan mahu kepimpinan di peringkat akar umbi memberi fokus kepada memperkukuhkan parti.

“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan memberi kepercayaan kepada timbalan presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri UMNO selepas ini.

Katanya akar umbi amat mengharapkan pimpinan UMNO bersatu hati menterjemahkan hala tuju parti sesuai dengan slogan baharu “UMNO Bangkit”.

Sementara itu Ahmad Zahid ketika bersiaran langsung di Facebook UMNO Online menjelaskan bahawa terdapat lima golongan dalam parti itu ketika ini termasuk golongan yang tegar UMNO dan tidak mahu parti Melayu itu bergabung dengan mana-mana parti.

Empat golongan lain ialah mereka yang mahu UMNO bekerjasama dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), golongan mahukan gabungan dengan PKR, golongan menyokong gabungan dengan PAS yang diinginkan akar umbi dan golongan menentang sebarang kerjasama dengan DAP.

“Dalam hal ini saya amat menghormati dalam pemukiman yang dibuat oleh ketua sayap dan bahagian seluruh negara bahawa untuk menang semula dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kita tidak mahu bergabung dengan mana-mana parti.

“Kita mesti bergerak sebagai pembangkang, kita bina semula kekuatan dan wujud kesepaduan dalam kalangan kita, dan UMNO tolak jika ada usaha kerjasama dengan DAP. Kita tolak seratus peratus,” katanya dalam program Wacana U 3.0, sesi dari hati ke hati bersama Presiden UMNO di Menara Dato Onn malam ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanPresiden UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd