• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mourinho Salahkan Fizikal Punca Tewas

oleh Cj Mnh
17/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIVERPOOL – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyifatkan kekurangan aspek fizikal susulan masalah kecederaan yang menimpa pemain sebagai punca skuad kendaliannya tumbang 3-1 kepada Liverpool di Anfield, awal pagi tadi.

United terpaksa membawa masuk pertahanan Eric Bailly ke dalam kesebelasan utama hanya beberapa minit selepas Chris Smalling mengalami kecederaan ketika sesi pemanas badan.

Mourinho berkata, masalah kecederaan sudah menjadi isu lama yang menjejaskan prestasi pasukannya.

“Pertama sekali, kami berdepan masalah berkaitan fizikal, kami mempunyai ramai pemain yang boleh dianggap sering mengalami kecederaan dan bukannya sejak di bawah saya malah sebelum saya lagi,” katanya.

“Jika anda melihat statistik sewaktu (Louis) Van Gaal dan sebelumnya ketika David (Moyes), jika anda lihat tempoh itu terdapat ramai pemain yang cedera sepanjang masa, apabila sering ditimpa kecederaan, sukar untuk memastikan fizikal dalam keadaan terbaik.”

Kepantasan dan gaya permainan agresif Liverpool membolehkan mereka mendominasi United sejak awal perlawanan dan Mourinho berkata, kelebihan mereka itu hasil daripada kualiti fizikal dimiliki barisan pemain Jurgen Klopp.

“Terdapat kualiti yang dipunyai pemain atau tidak. Anda tidak boleh meningkatkannya. Sebagai contoh: (Andy) Robertson, (Sadio) Mane, (Mohamed) Salah, (Georginio) Wijnaldum, (Naby) Keita, Fabinho mereka semua pemain yang amat berfizikal di samping secara teknikalnya mereka sememangnya bagus.”

“Saya juga mempunyai pemain yang bagus secara teknikalnya, tetapi kami tidak mempunyai ramai pemain bertenaga atau fizikal sebaik itu.

“Jadi bila perlawanan dimainkan dalam rentak yang tinggi ia menjadi sukar buat kami. 20 minit pertama adalah sukar bagi kami,” kata Mourinho. – REUTERS

Tags: Jose Maurinhotewas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rizab Negeri Sembilan Besar Bermakna Kerajaan Tidak Belanjakan Untuk Kemudahan Rakyat

Rizab Negeri Sembilan Besar Bermakna Kerajaan Tidak Belanjakan Untuk Kemudahan Rakyat

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM), Mohd. Prasad Hanif memberi pandangan mengapa Pakatan Harapan (PH)...

[TIDAK RASMI] Anthony Loke Tewas Di Chennah, BN Dapat Kepercayaan Pengundi

[TIDAK RASMI] Anthony Loke Tewas Di Chennah, BN Dapat Kepercayaan Pengundi

01/08/2026
0

SEREMBAN - Kejutan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah apabila calon Pakatan Harapan, Anthony Loke Siew Fook tewas kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd