• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rizab Negeri Sembilan Besar Bermakna Kerajaan Tidak Belanjakan Untuk Kemudahan Rakyat

oleh Mynewshub
05/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rizab Negeri Sembilan Besar Bermakna Kerajaan Tidak Belanjakan Untuk Kemudahan Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM), Mohd. Prasad Hanif memberi pandangan mengapa Pakatan Harapan (PH) tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu.

Menurut beliau, sepanjang kempen pelbagai angka seperti rizab negeri yang mencecah berbilion ringgit, pelaburan yang diluluskan, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta pemulihan nilai ringgit dijadikan bahan kempen oleh PH.

Namun, katanya, dalam pilihan raya, pengundi lebih cenderung menilai manfaat yang mereka terima secara langsung.

“Rizab negeri yang besar bermakna apa? Ia bermakna kerajaan negeri tidak membelanjakan wang itu untuk kemudahan rakyat. Tiada ‘economic spillover’. Wang duduk dalam akaun, tidak bergerak dalam ekonomi tempatan, tidak mencipta pekerjaan, tidak menaikkan pendapatan sesiapa.

“Ia kelihatan hebat dalam laporan kewangan. Ia tidak bermakna apa-apa kepada penjaja di Seremban yang jualannya menurun. Jadi, rizab negeri yang besar tidak menjawab, “apa aku dapat?”,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut menjelaskan bahawa pelaburan yang diluluskan tidak semestinya diterjemahkan kepada pelaburan sebenar kerana masih terdapat jurang antara kelulusan dan pelaksanaan.

“Pelaburan diluluskan? Perkataan “diluluskan” itu penting. Ia bermakna kertas telah ditandatangani. Ia tidak bermakna wang telah masuk, kilang telah dibina atau seorang pun telah diambil bekerja.

“Jurang antara pelaburan diluluskan dan pelaburan direalisasikan boleh mengambil masa bertahun-tahun dan sebahagiannya tidak pernah direalisasikan langsung. Jadi “approved FDI” tidak menjawab, “apa aku dapat,” katanya.

Kata beliau, pertumbuhan KDNK juga tidak membawa makna kepada rakyat sekiranya gaji tidak meningkat dan kos sara hidup terus bertambah.

Manakala, katanya, pengukuhan nilai ringgit pula hanya memberi kesan langsung kepada sebahagian kecil rakyat yang terlibat dengan urusan import, eksport atau perjalanan ke luar negara.

“Pertumbuhan KDNK lima peratus bermakna apa kepada orang biasa? Kalau gaji anda tidak naik, kalau harga barang naik lebih laju daripada pendapatan anda, angka lima peratus itu adalah abstraksi yang tidak dapat dimakan. Again, “apa aku dapat?”,” katanya.

Mohd. Prasad berkata, realitinya mungkin hanya sekitar 15 hingga 20 peratus rakyat benar-benar memahami atau merasai kesan langsung statistik ekonomi makro, manakala sebahagian besar lagi hidup dalam ekonomi yang berbeza. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd. Prasad Hanif

Tags: Mohd. Prasad Hanifpakatan harapanpandanganPHPRN Negeri Sembilantewas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Dakwa Jadi Mangsa Serangan Peribadi, Fitnah

Anthony Loke Dakwa Jadi Mangsa Serangan Peribadi, Fitnah

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa beliau menjadi sasaran serangan peribadi dan pelbagai fitnah sepanjang...

DAP Dakwa Dapat 25% Sokongan Pengundi Melayu Negeri Sembilan

DAP Dakwa Dapat 25% Sokongan Pengundi Melayu Negeri Sembilan

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa parti itu memperoleh sokongan sekitar 20 hingga 25 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd