SEREMBAN – Kejutan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah apabila calon Pakatan Harapan, Anthony Loke Siew Fook tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Kong Choon mendapat 5,418 undi iaitu 52 peratus daripada 10,345 kertas undi diterima semua calon.
Negeri Sembilan mempunyai sebanyak 36 kerusi DUN dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) terakhir diadakan pada 12 Ogos 2023.
Keputusan ketika itu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memegang 17 daripada 36 kerusi, manakala BN 14 dan Perikatan Nasional (PN) sebanyak lima kerusi. – MYNEWSHUB
![[TIDAK RASMI] Anthony Loke Tewas Di Chennah, BN Dapat Kepercayaan Pengundi](https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/08/IMG_20260728_172712-750x374-1.jpg)

