• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Dagangan Akan Bina Lima Stesen Minyak Di Universiti

oleh
15/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Petronas Dagangan Bhd (PDB) menyasarkan untuk membina lima stesen minyak di tanah milik universiti tempatan dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata, syarikat itu telah memperuntukkan antara RM5 juta dan RM10 juta sebagai kos pembinaan stesen terbabit.

Beliau berkata, PDB telah memutuskan bahawa stesen Petronas yang dibangunkan dalam kawassan universiti akan diuruskan sepenuhnya oleh universiti itu sendiri, sama ada oleh pelajar, pengurusan atau koperasi.

“Ini adalah antara komitmen kami untuk membangunkan keupayaan dan keyakinan di kalangan pelajar universiti dari segi keusahawanan dan perniagaan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini selepas menandatangani memorandum persefahaman antara PDB dan lima universiti untuk membina keupayaan keusahawanan di kalangan pelajar.

Majlis menandatangani perjanjian dengan Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Tunku Abdul Rahman itu disaksikan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

“Proses untuk membangun stesen terbabit boleh dilaksanakan dengan mudah, kerana ia tidak melibatkan pembelian atau pemilikan tanah, sebaliknya ia hanya memerlukan urusan dengan universiti yang terlibat serta pihak berkuasa tempatan untuk kelulusan,” kata Syed Zainal.

Beliau berkata PDB juga merancang untuk mewujudkan hab inovasi dan usahawan di stesen terlibat, satu konsep yang mirip dengan The Place @ Ampang yang diperkenalkan di stesen Petronas di Jalan Kolam Air Lama, di Ampang, Selangor. – BERNAMA

Tags: petronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoalkan jumlah sebenar keuntungan bersih tambahan yang diperoleh Petronas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd