• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah

oleh Ahmad Albab
14/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas satu pertuduhan tambahan iaitu melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang RM10 juta milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mohon dibicarakan selepas pertuduhan tambahan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Berikutan itu, Zahid, 65, kini berdepan dengan keseluruhan 46 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Mengikut pertuduhan, Zahid sebagai ejen iaitu Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi dan dalam kapasiti itu telah di amanahkan dengan harta iaitu wang RM10 juta milik yayasan berkenaan telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta itu di mana beliau telah dengan curangnya memberi pinjaman kepada Armada Holdings Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini pada 8 Disember 2015.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran tidak bercadang untuk menambah jumlah jaminan terhadap tertuduh dan berikutan itu mahkamah mengekalkan jaminan RM2 juta ke atasnya.

Dalam prosiding yang sama, pihak pendakwaan telah meminda 10 pertuduhan berkaitan pecah amanah jenayah terhadap Zahid dengan memperincikan butiran pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula kes. -BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidipecah amanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kahwin Muda Cabul Hak Asasi Kanak-Kanak

Next Post

Kanak-Kanak 11 Tahun Antara Ditahan Dalam Operasi Cegah Jenayah

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

Next Post

Kanak-Kanak 11 Tahun Antara Ditahan Dalam Operasi Cegah Jenayah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd