• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Tutup Pintu Untuk Bekas Pemimpin UMNO

oleh
13/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan, kata presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata PKR kini memberi tumpuan kepada agenda pembaharuan yang diperjuangkan oleh parti itu sejak 20 tahun lalu.

“Saya telah menyatakan kepada mereka dengan jelas bahawa mereka boleh kekal dalam parti mereka atau menjadi ​ahli politik ​​​​​​bebas tetapi sukar bagi kita untuk menerima mereka.

“Saya difahamkan ia kerana kehendak masyarakat secara umum adalah untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) dalam agenda pembaharuan kami,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran dan Dialog Buku Tian Chua – ‘Lakaran Jiwa Merdeka: Catatan Dari Penjara Kajang’di Universiti Malaya, di sini hari ini.

Semalam, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk pengerusinya, Datuk seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Secara menyeluruh, mereka yang meninggalkan UMNO terdiri daripada enam anggota Parlimen, sembilan wakil rakyat, dua senator dan 21 ketua bahagian negeri itu.

Dalam perkembangan lain,Anwar mengakui ada bertemu dan mengadakan perbincangan terbuka bersama Anggota Parlimen Padang Rengas. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, baru-baru ini, dengan intipatinya berkenaan agenda reformasi PKR serta Pakatan Harapan (PH).

“Perbincangan itu secara terbuka. Bagaimanapun, saya jawab secara konsisten bahawa kita sedia bincang tapi bincang kita bukan soal sertai parti tapi bincang tentang perlu semua sokong agenda reformasi,” tambahnya.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan portal berita tempatan yang mendakwa Mohamed Nazri, yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), telah bertemu Anwar semasa minggu kedua sidang Parlimen yang lalu.

Menurut laporan berita itu, Mohamed Nazri meminta empat perkara kepada Anwar apabila beliau (Anwar) menjadi perdana menteri, antaranya adalah agar UMNO tidak dibubarkan dan tidak menganiaya bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar berkata beliau menyokong keputusan kerajaan untuk mendakwa Najib demi kepentingan negara.

“Aib maksud untuk menghina seseorang, rekayasa satu kes, tapi kenyataannya ada asas untuk pihak penyiasat dan Peguam Negara melaporkan pendakwaan kerana negara terbeban dengan kehilangan dana besar, saya sokong keputusan kerajaan untuk mendakwa (Najib),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd