• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Mungkin Pindah Ke PPS Beberapa Kali Sehingga Mac

oleh Ahmad Albab
13/12/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Mangsa banjir di Terengganu berkemungkinan akan berhadapan dengan beberapa kali lagi perpindahan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga Mac depan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ini berikutan Terengganu berkemungkinan akan menghadapi beberapa siri banjir berdasarkan ramalan cuaca yang menjangkakan hujan lebat dan pertembungan air pasang yang berterusan secara berkala.

“Kalau kita ikutkan rujukan Jabatan Metereologi Malaysia ada memaklumkan bahawa bermula penghujung Oktober lalu sehingga Mac depan dijangkakan berlakunya empat hingga enam episod hujan lebat secara berkala dan bukannya secara berterusan yang mana menyebabkan banjir beberapa kali di setiap kawasan.

“Sebab itu pihak APM sentiasa menasihatkan kepada semua penduduk atau komuniti untuk bersiap siaga awal atau berpindah lebih awal ke pusat pemindahan yang telah dikenal pasti di peringkat komuniti mahupun di peringkat daerah masing-masing apabila melihat keadaan mula dipenuhi air,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke pusat pemindahan banjir di Masjid Kampung Merbau Menyusut di sini hari ini.

Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, mangsa banjir di Terengganu semakin meningkat apabila tiga daerah kini dilanda banjir iaitu Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu menjadikan jumlah mangsa seramai 669 orang. – BERNAMA

Tags: APMmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Bunyi Atas Siling Terjawab, APM Tangkap ‘Suspek’ Dalam 15 Minit

Misteri Bunyi Atas Siling Terjawab, APM Tangkap ‘Suspek’ Dalam 15 Minit

31/05/2026
0

KUALA SELANGOR – Misteri bunyi tapak kaki yang menghantui sebuah keluarga selama hampir dua minggu akhirnya terungkai apabila "suspek" yang...

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd