• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Wujudkan Pusat Rekreasi Khas Wanita Tahun Depan

oleh Cj Mnh
12/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Terengganu bakal mewujudkan pusat rekreasi khas bagi wanita tahun hadapan untuk memberi keselesaan kepada golongan itu menjalankan aktiviti sukan dan senamrobik secara berasingan dengan kaum lelaki.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan dijangka diwujudkan di setiap Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata ia susulan permintaan daripada golongan wanita di negeri ini yang mahukan pusat rekreasi khas dibina bagi mengelakkan percampuran dengan kaum lelaki terutama yang bukan mahram.

“Alhamdulillah, pada pembentangan belanjawan negeri 2019 bulan lalu, Menteri Besar (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) ada mengumumkan tentang rancangan mewujudkan fasiliti rekreasi wanita ini tetapi belum diperincikan lagi dari segi kos dan sebagainya.

“Pusat ini mungkin akan dibina baru atau kita menambah baik bangunan atau tempat lama tetapi dibuat secara tertutup. Dengan adanya pusat ini golongan wanita bebas melakukan aktiviti seperti senamrobik, menari zumba dan sebagainya tanpa segan-segan tidak seperti gimnasium atau pusat rekreasi yang terbuka untuk semua seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ahmad Samsuri menyampaikan agihan bantuan persekolahan berupa sepasang pakaian seragam, beg dan kasut sekolah kepada 1,014 pelajar DUN Rhu Rendang, di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: Pusat RekreasiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd