• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Perikanan Rampas Lebih 300 Bubu Naga Di Trong

oleh Ahmad Albab
12/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Cawangan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Daerah Kerian merampas 344 unit bubu naga dalam satu operasi di perairan kawasan Trong dekat Kuala Sepetang semalam.

Ketua Pangkalan cawangan itu Razali Mat Akit berkata rampasan pada pukul 3 petang itu dilakukan sepasukan 10 anggota cawangan berkenaan dari Kuala Kedah dan Kuala Kurau dengan menggunakan dua bot risik.

Beliau berkata pihaknya mengadakan operasi itu berikutan aduan nelayan di kawasan berkenaan mengenai kegiatan bubu naga yang mengancam sumber perikanan nelayan pantai.

“Bubu naga berangkai sepanjang 15 hingga 20 unit setiap satu diharamkan operasi kerana ia tidak dilesenkan Jabatan Perikanan.

“Semasa operasi kita menemukan bubu naga itu dipasang pada pancang kayu dan menggunakan pelampung dan kes itu disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana kesalahan beroperasi tanpa lesen dan boleh didenda RM500,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Razali berkata siasatan mendapati setiap satu bubu naga dijual dengan harga antara RM60 hingga RM70 setiap unit.

Menurutnya pemilik bubu naga diberi tempoh satu bulan untuk menuntut kembali bubu yang dirampas atau ia akan dimusnahkan. – BERNAMA

Tags: bubujabatan Perikanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bom Ikan Di Gerik: Jabatan Perikanan Lengkapkan Siasatan

Kes Bom Ikan Di Gerik: Jabatan Perikanan Lengkapkan Siasatan

20/04/2024
0

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung aktiviti penangkapan ikan secara haram menggunakan bahan letupan oleh sekumpulan...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak diketahui jenisnya kerana hampir semua jenis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd