Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Operasi Cari Warga Emas...

BAGAN DATOH - Usaha mengesan seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas ketika...

Sultan Sharafuddin Sokong Selangor...

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan Selangor...

Rizalman Bergelar Datuk, Bernard...

PEKAN - Sepanjang 25 tahun lalu, Datuk Bernard Chandran dan Rizalman Ibrahim telah...

Ekonomi Negara Alami Perkembangan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ekonomi negara menunjukkan perkembangan...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak diketahui jenisnya kerana hampir semua jenis ikan itu mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan jika dimakan secara tidak betul.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain dalam kenyataan, berkata individu yang mengendalikan ikan buntal untuk dimakan juga harus mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap ikan itu.

Beliau berkata, pengguna yang membeli ikan secara dalam talian terutama dalam bentuk filet perlu cakna dengan spesies dan jenis ikan yang dibeli.

“Sekiranya anda memilih untuk mencuba hidangan atau produk berasaskan ikan buntal, elakkan memakan bahagian tubuh ikan buntal yang mengandungi toksinnya seperti hati, kulit, usus, serta ovarium dan bahagian-bahagian ini perlu dibuang dengan betul sebelum dimasak.

“Ini kerana ‘tetrodotoxin’ tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu yang tinggi, racun tetrodotoxin ini boleh menyerang saraf dan membawa kepada kematian jika dimakan,” katanya.


Orang ramai juga dinasihati agar segera mendapatkan rawatan daripada pusat perubatan jika mengalami gejala keracunan seperti mual, muntah atau lemah otot dalam tempoh 30 minit hingga dua jam selepas makan ikan buntal.

Menurut statistik DOF, jumlah pendaratan ikan buntal di Malaysia pada 2020 adalah sekitar 1,337 tan dengan pendaratan tertinggi di Perak (804 tan), diikuti Sarawak (228 tan) dan Sabah (192 tan).

Ikan buntal yang biasa ditangkap adalah daripada spesies Lagocephalusia iaitu ikan buntal pisang, antaranya ikan buntal pisang emas (Lagocephalus wheeleri), buntal pisang muda (Lagocephalus spadiceus), dan buntal pisang kasar (Lagocephalus lunaris).

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon dilapor berkata, seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lepas manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dipercayai mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori